Brighton akan melayan kunjungan Chelsea pada Sabtu ini. Perlawanan pertama antara mereka di Stamford Bridge berakhir dengan kemenangan The Blues 2 – 0, hasil jaringan Alvaro Morata dan Marcos Alonso.

BRIGHTON & HOVE ALBION
‘The Seagulls’ hanya mengutip 23 mata dari 23 perlawanan, meletakkan mereka di tangga ke-16 liga, hanya 3 mata dari Stoke City yang berada dalam zon penyingkiran. Mereka tidak menang langsung dalam 4 perlawanan terakhir sebelum ini.

Sejak kemenangan ke atas Watford City 23 Disember lalu, mereka tewas kepada Chelsea dan West Brom, seri menentang Stoke City dan Bournemouth.

Brighton tiada pilihan lain kecuali menang untuk mengelakkan keciciran mata, atau jika kalah mereka menghadapi kemungkinan turun divisyen.

Begitupun, skuad kendalian Chris Hughton ini hanya kalah dua kali di laman sendiri, namun dengan mencatat hanya 3 kemenangan, menghadkan peluang mereka untuk bersaing dalam kelompok 10 teratas liga. Dengan 8 perlawanan mencatat keputusan seri, mereka berhempas pulas untuk kekal di kelompok bawah 10 liga. Jika mereka masih cuai, pasukan di zon penyingkiran tidak mustahil akan memintas kedudukan mereka.

REKOD PERLAWANAN
Prestasi Semasa : DWLDDL
Prestasi Keseluruhan : WLDDWL

INFO PEMAIN
Selain Steve Sidwell, tiada kecederaan terbaru dilaporkan oleh Chris Hughton

CHELSEA FC
Prestasi anak buah Antonio Conte ini mula diragui, apabila dua perlawanan terakhir masih mencatat keputusan seri. Menentang Leicester City di laman sendiri, mereka gagal memboloskan gawang lawan, biarpun Benjamin Chilwell dilayangkan kad merah pada 10 minit terakhir perlawanan.

Pada perlawanan ulangan Piala FA menentang Norwich City, The Blues diheret ke penentuan sepakan penalti apabila sekadar mencatat keputusan seri 1 – 1 selepas tiupan wisel penamat dibunyikan.

Berada di tangga ke-4 liga selepas dipintas Liverpool pada Perlawanan 23, Chelsea perlu mengambil peluang menambah mata dalam perlawanan ini. Dengan ketiadaan penyerang utama Alvaro Morata dan Pedro setelah dilayangkan kad merah, Conte perlu merangka strategi terbaru untuk anak buahnya, apatah lagi dengan prestasi Eden Hazard yang agak merudum.

REKOD PERLAWANAN
Prestasi Semasa : WDWWDD
Prestasi Keseluruhan : WDDDDW

BARISAN PEMAIN
Alvaro Morata dan Pedro terlepas perlawanan ini kerana kad merah. Gary Cahill dan Cesc Fabregas juga masih diragui selepas tidak tersenarai dalam pasukan Piala FA. Ross Barkley dilaporkan masih belum cergas.

FAKTA PERTEMBUNGAN
23 Disember 2017 adalah pertemuan Liga Premier pertama buat kedua pasukan. Brighton tidak pernah menjadi tuan rumah menentang Chelsea, sejak 1989. Brighton pernah menang ke atas Chelsea dalam Piala FA pada Januari 1933.

REKOD PERTEMUAN
Chelsea menang : 7
Brighton menang : 1
Seri : 1

Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Nursuhada binti Yaakob dari Liga Perdana Inggeris MY.

Ikuti mereka di:

Facebook: Liga Perdana Inggeris MY
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

Leave a Reply