Swansea kini dengan keadaan yang baik, pengurus baru dan juga kemenangan penting dalam Piala FA minggu lalu menentang pendahulu Liga Kejuaraan, Wolves.

Semestinya mereka(Swansea) tidak mahu lagi keciciran mata bagi mengelakkan mereka kekal di zon penyingkiran ketika ini.

Bagi Liverpool pula, mereka harus bangkit dari “mimpi indah” minggu lalu dengan menjadi pasukan pertama yang menewaskan Manchester City dalam saingan liga domestik, dan mereka perlu mengekalkan momentum kemenangan mereka jika mahu kekal sebagai pencabar 4 tangga teratas.

SWANSEA CITY

Barisan pemain

Setelah terlepas hampir 4 perlawanan, Swansea dijangka dapat menurunkan semula penyerang mereka Wilfried Bony dan Tammy Abraham

Sementara, Mike van der Hoorn, Renato Sanches dan Angel Rangel dijangka sudah dapat diturunkan selepas pulih daripada kecederaam yang dialami oleh mereka sebelum ini.

PRESTASI SEMASA

Dalam 5 perlawanan terkini yang mereka lalui, Swansea mencatatkan 2 kemenangan 2 seri, dan 1 kekalahan.

Dalam 5 perlawanan terdahulu mereka hanya mencatatkan 5 gol secara keseluruhannya dan gagal menjaringkan gol dalam 2 daripada 5 perlawanan tersebut.

Namun dibawah kendalian pengurus baru, Carlos Carvalhal Swansea city hanya tewas sekali dalam 5 perlawanan.

LIVERPOOL

BARISAN PEMAIN

Penjaring utama pasukan Liverpool Mohamed Salah, pemain pertahanan tengah mereka, Dejan Lovren dan Ragnar Klavan dijangka dapat diturunkan kelak, hanya mengalami demam dan selesema sahaja, dijangka mereka semua bakal turun berlatih hari ini.

Ketua pasukan mereka, Jordan Henderson dan pemain pertahana kiri mereka, Alberto Moreno telah kembali menjalani latihan bersama skuad utama, namun mereka hanya akan diturunkan ketika perlawanan Piala FA kelak, menentang West Bromwich Albion.

PRESTASI SEMASA

Liverpool telah memenangi kesemua 5 perlawanan yang mereka hadapi sejak kebelakangan ini dan mencatatkan jumlah 15 gol keseluruhannya.

Rekod 18 perlawanan tanpa kalah Liverpool ketika ini merupakan yang terbaik pernah mereka capai dibaha bimbingan Jurgen Klopp.

Kali terakhir Liverpool gagal menjaringkan Gol ditempat lawan musim ini adalah pada 20 September 2017 ketika mereka ditewaskan oleh Leicester City dalam Piala Carabao.

FAKTA PERTEMBUNGAN ANTARA MEREKA

Walaupun Swansea City telah bolos sebanyak 27 gol ketika menentang Liverpool dalam 13 perlawanan Liga Inggeris sebelum ini, namun hanya 6 gol sahaja yang berjaya Liverpool jaringkan di Liberty Stadium.

Sejak pertembungan antara Swansea dan Liverpool di Liberty Stadium pada bulan Oktober 2016 dan merupakan perlawanan terakhir yang dikendalikan oleh pengurus Francesco Guidolin ketika itut, pasukan Swansea City telah menukar dan mempunyai 5 orang pengurus yang mengendali pasukan mereka ini, mereka adalah Bradley, Curtis, Clement, Britton and Carvalhal.

Roberto Firmino telah menjaringkan 5 gol ketika menentang Swansea City termasuk 2 gol pada 2 perlawanan di Anfield, 1 gol lagi ketika menewaskam Swansea di Liberty Stadium tahun lalu.

(Nota: Artikel ini telah ditulis oleh Alimin Mashud dari Liga Perdana Inggeris Malaysia.

Ikuti mereka di
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Twitter: @LPI_MY
Instagram: @lpi_my

Leave a Reply