Pemain sayap Manchester United, Henrikh Mkhitaryan semakin hampir untuk menyertasi musuh tradisi Red Devils, Arsenal dalam perjanjian yang melibatkan penyerang Arsenal, Alexis Sanchez akan menuju ke arah sebaliknya. Perbincangan di antara kedua-dua pasukan sudah mula dilakukan semenjak jendela perpindahan kedua dibuka pada awal Januari lalu. Mkhitaryan dikhabarkan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan beliau di Pusat Latihan Accrington manakala Sanchez pula sudah berada di Manchester bagi menjalani ujian perubatan. Di sini kami ingin mengupas tentang posisi yang sesuai untuk henrikh Mkhitaryan jika beliau sah menyertai Arsenal.

Pemain Nombor 10

Kapten Armenia ini beraksi cemerlang ketika bermain di bawah bimbingan Jurgen Klopp. Beliau diletakkan dalam posisi sebagai pemain nombor 10 dibelakang penyerang utama, Pierre-Emerick Aubameyang. Akan tetapi, apabila beliau berhijrah ke Manchester United musim lalu, pengurus mereka, Jose Mourinho lebih gemar meletakkan pemain ini di posisi sayap kanan, yang mana beliau gagal untuk beraksi cemerlang di posisi tersebut. Kami berpendapat jika Mkhi diletakkan dalam posisi asal beliau, kami pasti Manchester United adalah pasukan yang mencabar kejuaraan musim lalu, bukannya pasukan yang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keenam.

Pemain Sayap Kiri

Ketika Borussia Dortmund di bawah bimbingan Thomas Tuchel, pengurus Jerman ini pernah meletakkan Mkhi di posisi sayap kiri. Pada musim 2015/2016 lalu, Mkhi berjaya menjaringkan sebanyak 23 gol dan membuat bantuan jaringan sebanyak 26 kali sepanjang musim. Larian pantas beliau seringkali memerangkap barisan pertahanan ketika gerakan serangan balas. Gandingan antara Mkhitaryan dan Aubameyang ketiak itu dianggap gandingan paling berbahaya di Eropah.

Baca dengan lebih dalam lagi mengenai posisi Mkhitaryan di sini

Arsenal bermain dengan formasi 3-4-3 musim ini. Jadi kami berpendapat jika Mkhitaryan menyertai Arsenal, beliau akan diletakkan di posisi sayap kiri bagi menggantikan Alexis Sanchez. Kami rasa Mkhi adalah pengganti yang ideal untuk Sanchez. Selain Mkhitaryan, Arsenal juga dikhabarkan cuba untuk menandatangani penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang.

Apa pendapat anda mengenai “transfer saga” Mkhitaryan ini ? Adakah Henrikh Mkhitaryan mampu untuk beraksi cemerlang bersama Arsenal ? Atau perpindahan beliau ke Arsenal hanyalah satu kesilapan ?

Saksikan aksi lincah Mkhi sewaktu mewakili Borussia Dormtmund di sini:

Kredit Video: MTFilmz

Baca Juga: Pergilah Jika Ada Peluang

Leave a Reply