Arsene Wenger terus berdolak dalih dalam memberi sebarang komen mengenai perpindahan Pierre-Emerick Aubameyang ke Arsenal selepas pasukannya membedil Chelsea dengan keputusan 2-1 untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Carabao dengan kemenengan 2-1.

Pengurus Arsenal yang berasal dari Perancis itu sangat gembira pasukannya kembali dari belakang untuk mengalahkan Chelsea hasil jaringan Granit Xhaka dan gol sendiri pertahanan Chelsea, Antonio Ruediger.

Chelsea sebelum itu membuka jaringan terlebih dahulu seawal minit ke-7 melalui Eden Hazard. Kemenangan ini, membolehkan Arsenal bertemu Manchester City, bulan hadapan di Stadium Wembley sejak kali terakhir Arsenal melakukannya pada musim 2010/2011 namun kalah kepada Birmingham City.

Jauh dari Stadium Emirates, beberapa delegasi Arsenal sedang mencuba lagi untuk membuat bidaan keatas penyerang prolifik Borussia Dortmund, P-E Aubameyang.

Laporan dalaman memberitahu, kelab Bundesliga itu menolak bidaan kedua dari Arsenal dalam usaha mereka mendapatkan penyerang kebangsaan Gabon itu.

Bidaan Arsenal seterusnya dijangka akan meningkat sehingga €65 juta, dengan bidaan sebelum ini yang bernilai €50 juta ditolak mentah-mentah oleh Borussia Dortmund. Wenger diminta memberikan komen mengenai Aubameyang selepas kemenangan 2-1 keatas Chelsea

Wenger berkata: “Perkara yang terbaik adalah saya tidak mengatakan apa-apa.  Jika ia (perpindahan Aubameyang ke Arsenal) berlaku, maka ia akan berlaku, kerana segalanya belum ada sebarang kepastian,”

“Kita mempunyai sekumpulan pemain yang kuat serta perlu fokus dengan pemain yang ada. Saya gembira dengan skuad yang saya ada, tambahan pemain yang berkualiti seperti Henrikh (Mhkitaryan) juga menyertai kami,” tambah Wenger lagi.

Arsene Wenger juga gembira yang saga perpindahan Alexis Sanchez berjaya diselesaikan dengan begitu lancar ditambah lagi Henrikh Mkhitaryan yang hadir menggantikan Sanchez.

 

(Nota: Artikel ini ditulis oleh Sofwan Zulkepli dari Liga Perdana Inggeris Malaysia).

Jangan lupa ikuti kami juga di

Instagram : @lpi_my
Twitter : @LPI_MY

#LPIMY

Baca Juga: Previu PL: Arsenal vs Crystal Palace

Sumber: The Sun

Leave a Reply