• Dua pemain, Alexis Sanchez dan Henrikh Mkhitaryan telah pun rasmi bahawa mereka telah bertukar kelab selepas perjanjian dipersetujui antara Manchester United dan Arsenal. Pastinya ramai yang akan teringat akan perpindahan Robin van Persie yang juga pernah beraksi bersama kedua-dua pasukan ini. Begitupun, mereka bukanlah pemain pertama yang melakukannya.

    1. David Platt
    (Man United 1982-1985, Arsenal 1995-1998)

    Sumber Foto: Ben Ralford

    Secara teknikalnya Platt tidak pernah beraksi bersama United dalam era Premier League, malah beliau tidak pernah melakukan sebarang penampilan sepanjang tiga tahun bersama United sebelum berhijrah ke Crewe Alexandria.

    Selepas berjaya bersama Juventus dan Sampdoria, Platt pulang ke England bersama Arsenal. Melakukan 108 penampilan bersama kelab tersebut, satu-satunya trofi pernah dijulang Platt adalah Premier League pada musim terakhir beliau iaitu 1997-98.

    2. Andy Cole
    (Arsenal 1989-1992, Manchester United 1995-2001)

    Sumber Foto: Gary M Prior

    Arsenal merupakan kelab professional pertama Cole. Namun, beliau hanya sempat melakukan 2 penampilan dalam tiga tahun sebelum berpindah ke Bristol City.

    Aksi beliau bersama Newcastle United telah mencuri tumpuan Sir Alex Ferguson sebelum membayar Newcastle sebanyak 7 juta pound. Gandingan beliau bersama Dwight Yorke pastinya diingati ramai, dengan Cole berjaya memenangi 5 trofi PL, dua FA Cup dan Liga Juara-Juara 1999.

    3. Mikael Silvestre
    (Manchester United 1999-2008, Arsenal 2008-2010)

    Sumber foto: Getty Images

    Pemain ini mencipta nama di bawah Sir Alex Ferguson, melakukan 361 penampilan bersama Red Devils. Silvestre boleh beraksi sebagai pertahanan tengah dan bek kiri. Beliau memenangi 4 trofi PL, Liga Juara-Juara 2008 dan FA Cup 2004.

    Beliau berpindah ke Arsenal di kala sudah melepasi masa terbaik beliau pada 2008, dan gagal memberikan impak besar kepada kelab.

    4. Robin van Persie
    (Arsenal 2004-2012, Manchester United 2012-2015)

    Sumber foto: Getty Images

    Perpindahan ini dikatakan paling menyakitkan hati para peminat Arsenal dalam konteks perpindahan pemain Arsenal ke United.

    Bersama Arsenal, beliau gagal memenangi sebarang trofi major di England. Menjadi penjaring terbanyak PL pada musim 2012-13, beliau juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman ke-8 Gunners dengan 132 gol dalam 279 penampilan.

    Van Persie seterusnya memilih untuk ke Old Trafford. Beliau menjaringkan 30 gol dalam musim pertama beliau. Begitupun, selepas Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraan, beliau tidaklah sama seperti dahulu, dengan akhirnya dijual oleh Louis van Gaal ke Feyenoord pada 2015.

    5. Danny Welbeck
    (Manchester United 2008-2014, Arsenal 2014-sekarang)

    Sumber foto: Getty Images

    Biarpun dilabel sebagai prospek masa depan United suatu ketika dahulu, beliau gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama United dengan Welbeck perlu bersaing dengan nama-nama seperti Wayne Rooney, Dimitar Berbatov dan Javier Hernandez.

    Beliau akhirnya membawa diri ke Arsenal pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas 2014 dengan harga 16 juta pound. Setakat ini beliau hanya menjaringkan 13 gol dari 68 penampilan.

    Diharapkan agar Alexis Sanchez dan Henrikh Mkhitaryan berjaya bersama kelab dan karier masing-masing bersama pasukan baharu mereka!

    Jangan lupa ikuti Liga Perdana Inggeris Malaysia di
    Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
    Twitter: @LPI_MY
    Instagram: @lpi_my

    Baca Juga: Posisi Yang Sesuai Untuk Henrikh Mkhitaryan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.