• Persembahan cemerlang penyerang pasukan bawah 22 ahun negara ketika temasya Piala Asia Bawah 22 Tahun tempoh hari, Safawi Rasid nyata mennarik minat beberapa kelab dari liga utama Asia untuk mendapatkan khidmat beliau. Baru-baru ini, pasukan dari liga Korea Selatan berminat untuk menandatangani penyerang Johor Darul Ta’zim ini. Namun nama pasukan tersebut masih lagi menjadi misteri. Di sini, kami akan memberikan 5 kelab yang sesuai untuk disertai Safawi Rasid.

    1. Gyeongnam FC

    Sumber Gambar: K League United

    Pasukan Gyeongnam berjaya menjuarai K League Challenge musim 2017 sekaligus dipromosikan ke roster utama iaitu K Legaue 1 musim 2018. Gyeongnam FC sudah pasti mahu memperkuat pasukan mereka bagi terus kekal dalam saingan K League 1. Safawi Rasid dilihat sesuai untuk bermain dengan pasukan ini.

    2. Jeonnam Dragons

    Sumber Gambar: K League United

    Jeonnam Dragons hampir saja melalui perlawanan playoff bagi mengekalkan status mereka dalam saingan K League 1 musim 2018. Akan tetapi, perbezaan gol menyelamatkan mereka daripada melalui perlawanan playoff tersebut. Untuk musim 2018 ini, Jeonnam pastinya tidak mahu mengalami senario seperti musim lalu. Safawi dilihat mampu untuk membantu mereka.

    3. Incheon United

    Sumber Gambar: K League United

    Incheon United menamatkan saingan K League 1 musim lalu di tangga ke-9. Mereka hanya dibezakan 4 mata dengan zon penyingkiran. Sama seperti Jeonnam Dragons, Incheon pastinya mahu menamatkan saingan K League 1 musim ini di kedudukan yang lebih baik. Kami berpendapat Pawi mampu untuk membantu mereka.

    4. Gwangju FC

    Sumber Gambar: Gwangju FC

    Gwangju FC menamatkan saingan K League 1 di tangga terakhir sekaligus tersingkir ke K League 2 bagi saingan musim ini. Mereka sudah pasti mahu segera kembali ke saingan K League 1. Tambahan pula, Gwangju masih lagi belum menamakan pemain untuk kuota pemain Asia mereka. Jadi ini adalah satu peluang yang bagus buat Safawi Rasid.

    5. Busan IPark

    Sumber Gambar: K League United

    Busan IPark hampir saja dipromosikan ke roster utama musim lalu namun tewas di tangan Sungju Sangmu dalam perlawanan playoff. Sangju Sangmu kekal di K League 1 manakala Busan IPark juga kekal di saingan K League 2. Musim ini, Busan sudah pasti mahu menebus kekecewaan musim lalu. Jika Safawi menyertai Busan IPark, hal ini akan menjadi satu pengalaman yang berbeza buat Safawi.

    Baca selanjutnya mengenai berita tentang kelab Korea yang berminat dengan Pawi di sini

    Itulah 5 kelab dari Liga Korea Selatan yang sesuai untuk disertai oleh Safawi Rasid. Kami berharap jika ada tawaran yang datang kepada Pawi, jangan fikir panjang bro! Ambil je!

    Menurut anda, kelab mana yang sesuai untuk Pawi ?

    Baca Juga: Buriram dan Kelab Jepun Mahukan Akhyar

    Leave a comment

    Your email address will not be published.