• Persembahan cemerlang anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee ketika temasya Piala Asia Bawah 22 Tahun di China nyata menarik minat beberapa kelab dari luar negara untuk mendapatkan khidmat mereka. Setelah Akhyar Rashid yang dikhabarkan menarik minat kelab dari Thailand, Buriram United dan juga beberapa kelab Liga Jepun, kini pemain tengah negara, Danial Amier Norhisham dikhabarkan menarik minat beberapa kelab luar yang mahukan tandatangan pemain berusia 20 tahun ini. Ini adalah satu perkembangan yang positif untuk bola sepak Malaysia khususnya.

    Ketika temasya Sukan SEA lalu, Danial hanya memanaskan bangku simpanan tatkala Nor Azam Azih digandingkan dengan Syamer Kutty Abba ketika itu. Pada temasya Piala Asia lalu, OKS memberikan peluang kepada Danial untuk tampil dalam kesebelasan utama. Walaupun pada perlawanan pertama beliau tidak bermain dengan baik, tetapi pada perlawanan kedua dan khususnya ketiga Danial membuktikan yang OKS tidak membuat kesilapan apabila menurunkan beliau. Gol tunggal Danial Amier ketika menentang Arab Saudi menghantar Malaysia mara ke peringkat suku akhir.

    Kami percaya pasukan luar negara yang mahukan khidmat Danial adalah pasukan dari Liga Thailand ataupun dari Liga Jepun. Kami berpendapat jika pemain negara bermain di kedua-dua negara ini, mereka dapat meningkatkan mutu permainan dan juga memperoleh pengalaman beraksi di luar negara menentang beberapa pemain terbaik di rantau bola sepak Asia. Kami berharap kelab beliau saat ini, Felda United dapat memberikan kerjasama jika benar ada pasukan dari luar yang mahukan khdmat Danial.

    Jangan berfikir panjang apabila ada tawaran yang datang. Ya mungkin gaji yang akan diterima lebih sedikit berbanding apa yang pasukan Liga Malaysia tawarkan. Tetapi, apalah sangat wang ringgit jika nak dibandingkan dengan pengalaman dan juga peningkatan permainan jika kamu bermain di liga luar ? Buktikan yang pemain Malaysia juga mampu untuk duduk sebaris dengan pemain bintang Asia yang lain. Buktikan kalau kita ni bukan setakat jaguh kampung yang hanya hebat di kandang sendiri.

    Pada pendapat anda, Danial Amier ni sesuai main di liga mana ? Thailand atau Jepun ?

    Baca Juga: Pergilah Jika Ada Peluang

    Baca berita selanjutnya mengenai Danial Amier di sini

    Leave a comment

    Your email address will not be published.