• Perjalanan bersejarah skuad bawah 22 tahun negara ketika temasya Piala Asia Bawah 22 Tahun di China tempoh hari telah membuka mata semua apabila kita membuktikan bahawa pemain Malaysia juga boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Kami berpendapat beberapa pemain negara kita layak untuk bermain di luar negara. Dalam penulisan kali ini, kami akan berkongsi kepada anda liga luar negara mana yang sesuai untuk penyerang kita, Safawi Rasid. Safawi Rasid menjadi nadi utama pasukan negara ketika temasya tersebut. Gandingan beliau dengan Akhyar Rashid menjadi senjata utama Malaysia untuk merobek gawang lawan.

    1. Liga Thailand

    Liga Thailand adalah liga yang paling mendapat tumpuan dalam bola sepak Asia Tenggara selepas Liga Malaysia. Ini kerana pasukan dari liga tersebut pernah layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia seperti Buriramn United dan Muanthong United. Beberapa pemain ternama dalam Liga Asean bermain di Liga Thailand. Jadi kami berpendapat Safawi boleh mengembangkan karier beliau jika bermain di sini.

    Pasukan yang boleh disertai: Buriram United, Muanthong United, Bangkok United

    2. Liga Jepun

    Liga yang satu ini memang menjadi impian untuk kebanyakkan pemain dari Asean. Hanya beberapa pemain Asean saja yang berjaya bermain di sini antaranya Teerasil Dangda dan Chanatip Songkrasin. Jika kita melihat semula prestasi Safawi ketika temasya Piala Asia lalu, beliau layak sekurang-kurangnya bermain di Divisyen 2 ataupun 3.

    Pasukan yang boleh disertai: Mana-mana pasukan dari Divisyen kedua atau Devisyen ketiga.

    3. Liga Australia

    Matthew Davies dan Brendan Gan pernah bermain di Liga ini sebelum mereka berdua datang ke Malaysia. Keupayaan Safawi bermain sebagai penyerang dan juga pemain sayap dilihat boleh bersaing di Liga Australia. Lagipun akan jadi saat yang indah apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain di Liga Asutralia dalam tempoh 15 tahun terakhir.

    Pasukan yang boleh disertai: Western Sydney Wanderers, Central Coast Mariners, Adelaide United.

    4. Liga Portugal

    Kita sudah melihat beberapa pemain kita bermain di Liga Portugal. Antara pemain Malaysia yang bermain di sana ialah Nazmi Faiz Mansor dan “Lord” bola sepak Malaysia, Faakri Sarani. Sebelum ini, kiat ada mendengar berita tentang Syamer Kutty Abba dan Syafiq Ahmad akan dihantar ke Portugal. Tetapi tiada berita selanjutnya mengenai perkara ini. Kmai berpendapat Safawi juga layak untuk dihantar ke sana.

    Pasukan yang boleh disertai: Mana-mana pasukan dari Divisyen dua atau Divisyen tiga.

    Baca selebihnya mengenai Safawi Rasid di sini

    Itulah empat liga luar negara yang menurut kami sesuai untuk Safawi Rasid. Menurut anda bagaimana ? Adakah liga luar negara di atas sesuai dengan penyerang muda negara kita ini ?

    Baca juga: N.Thanabalan: Mampukah Pemain Ini Menyinar ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.