• Empat hari sahaja lagi untuk tirai Liga Super 2018 dibuka! 12 pasukan akan berentap bagi membuktikan siapa jaguh paling handal dalam Liga Malaysia. Liga kita telah diperbaharui dengan beebrapa peraturan baru yang diperkenakan. Antaranya ialah kuota import Asean dan juga lesen yang wajib dipenuhi. Musim 2018 menyaksikan saingan Piala Malaysia sekai lagi akan dimainkan setelah saingan Liga tamat. Jadi kami di Inikan Bola akan memberikan ramalan kami untuk musim 2018 ini. Kami akan susun dari pasukan pilihan juara hinggalah pasukan yang akan tersingkir ke Liga Perdana.

    1. Johor Darul Ta’zim

    Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

    Juara Liga Super musim lalu ini dilihat tiada masalah untuk mempertahankan mahkota kejuaraan mereka. Barisan pemain yaang sedia ada dilihat mampu untuk sekali lagi mendominasi Liga Super. Ditambah lagi dengan kembalinya Harris Harun, Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa. Lucho dan Diaz ni mampu untuk menjadi mimpi ngeri pertahanan dalam Liga Malaysia.

    Pemain penting: Jorge Pereyra Diaz, Safiq Rahim

    Ramalan kami: Juara

    2. Kedah

    Sumber Gambar: KFA

    Musim lalu Kedah memulakan musim mereka dengan cemerlang apabila memenangi Piala Sumbangsih. Kedah juga berjaya memenangi Piala FA dengan menewaskan pasukan Pahang. Untuk musim 2018, Kedah dilihat mampu untuk menjadi pencabar kepada JDT untuk Mahkota Liga Super. Walaupun mereka kehilangan Zac Anderson dan Ken Ilso, mereka berjaya menggantikan kedua-dua pemain dengan Pablo Pallares dan Alvaro Silva. Ditambah pula dengan Akhyar Rashid dan Mat Don! Memang meletup!

    Pemain penting: Liridon Krasniqi, Pablo Pallares

    Ramalan kami: Naib juara

    3. Selangor

    Sumber Gambar: FAS

    Dengan segala isu yang melanda pasukan Selangor musim lalu, mereka masih mampu menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam. Musim ini, mereka dilihat sebagai satu pasukan yang lebih baik berbanding musim lalu. Mereka berjaya mendapatkan khidmat Evan Dimas dan Ilham Udin. Kedua-dua pemain ini kami jangka akan menjadi pemain penting buat Selangor.

    Pemain penting: Evan Dimas, Amri Yahyah, Razman Roslan

    Ramalan kami: Tempat ketiga

    4. Perak
    Sumber Gambar: Perak The Boss Gaurus

    Pasukan Perak berjaya membawa masuk beberapa pemain berpegalaman bagi memperkuat pasukan. Antara nama-nama yang menyertai mereka adalah Brendan Gan, Robert Cornthwaite, Misagh Bahadoran dan bekas pemain Kelantan, Wander Luiz. Musim lalu mereka menamatkan saingan Liga Super di tangga kelima. Musim ini, kami percaya mereka boleh memperbaiki prestasi musim lepas.

    Pemain penting: Brendan Gan, Misah Bahadoran, Gilmar Da Silva

    Ramalan kami: Tempat keempat

    5. Pahang

    Sumber Gambar: Pahang FA

    Pasukan Pahang lebih memilih untuk memberi sepenuh perhatian mereka terhadap saingan Liga Malaysia berbanding mengambil bahagian dalam kejohanan Piala AFC. Musim ini, pasukan Pahang diperkuat oleh Mat Yo, Safuwan Baharuddin dan Chan Vathanaka. Adakah berbaloi perngorbanan Pahang ini ?

    Pemain penting: Nor Azam Azih, Chan Vathanaka, Muhamadou Sumareh

    Ramalan kami: Tempat kelima

    6. Terengganu FC I

    Sumber Gambar: Terengganu FC I

    Naib juara Liga Perdana musim lalu ini telah melakukan persiapan rapi bagi memastikan mereka tidak terjatuh ke Liga Perdana musim hadapan. Beberapa pemain tempatan dan import berjaya dibawa masuk. Terengganu juga mengekalkan khidmat Irfan Bakti, yang mana menurut kami mereka membuat keputusan yang betul.

    Pemain penting: Kipre Tchetche, Abdul Malik Mat Arif, Wan Ahmad Amirzafran

    Ramalan kami: Tempat keenam

    Haa itulah ramalan bagi 6 pasukan terbaik untuk Liga Super 2018. Esok kami akan berkongsi dengan anda ramalan kami tentang 6 pasukan terbawah. Nantikan ya!

    Baca Juga: iFlix Penyiar Rasmi Liga Malaysia

    Lihat ramalan daripada portal yang lain di sini

    Leave a comment

    Your email address will not be published.