Petang ini pasukan bawah 22 tahun negara akan menentang pasukan Korea Selatan pada peringkat suku akhir temasya Piala Asia Bawah 22 Tahun di Stadium Khunsan. Sepak mula dijadualkan akan bermula pukul 4 petang waktu Malaysia. Di sini kami akan berkongsi dengan anda barisan utama negara pilihan kami bagi menghadapi Korea Selatan petang ini.
1. Haziq Nadzli
Sumber Gambar: Bernama
David De Gea Malaysia ini sudah pasti akan mengekalkan tempat beliau dalam kesebelasan utama. Diharapkan Haziq dapat mengekalkan prestasi cemerlang beliau sama seperti ketika Malaysia menewaskan Arab Saudi tempoh hari.
2. Matthew Davies
Sumber Gambar: FourFourTwo
Meskipun dikhabarkan mengalami kecederaan, kami yakin Davies akan sempat pulih dan membarisi kesebelasan utama negara. Larian pantas beliau menjadi aset utama negara.
3. Dominic Tan
Sumber Gambar: Wikipedia
Dominic menjadi nadi utama negara di posisi pertahanan ketika menewaskan Arab Saudi. Pak Arab susah nak tembus Dominic pada perlawanan tempoh hari. Jadi Dom akan dikekalkan.
4. Adam Norazlin
Sumber Gambar: FourFourtwo
Kapten negara yang satu ini bermain cemerlang ketika menentang Jordan dan Arab Saudi. Kali ini kami menjangkakan beliau akan bermain di bahagian tengah barisan kebangsaan.
5. Adib Zainuddin
Sumber Gambar: FourFourTwo
Kali ini, tiada Irfan Zakaria dalam kesebelasan utama. Dikhabarkan beliau mengalami keederaan. Jadi tempat beliau akan digantikan oleh Adid Zainuddin. Adib akan bermain di sebelah kiri bahagian pertahanan.
6. Danial Amier Norhisham
Sumber Gambar: Asiana.my
Penjaring satu-satunya gol Malaysia ketika menentang Arab Saudi ini wajib diturunkan dalam kesebelasan utama. Gandingan beliau bersama Azam dilihat satu gandingan yang dinamik buat pasukan kebangsaan.
7. Nor Azam Azih
Sumber Gambar: MASOC
Nor Azam Azih bermain baik dalam perlawanan menentang Jordan dan Arab Saudi. Cuma beliau harus memperbaiki aspek bertahan beliau dalam perlawanan petang ini.
8. Tommy Mawat Bada
Sumber Gambar: Mstar
Memandangkan Syazwan Andik mengalami kecederaan hamstring, kami berpendapat Tommy Mawat Bada boleh diberikan peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama.
9. Safawi Rashid
Sumber Gambar: Justreadonline.com
Pawi merupakan penjaring terbanyak negara dengan dua gol setakat ini. Selain aspek serangan, Pawi juga bagus dalam aspek membantu barisan pertahanan.
10. R.Kogileswaran
Sumber gambar: FourFourTwo
Meskipun hanya bermain separuh masa pertama saja, tetapi prestasi Kogi dilihat memberangsangkan. Jadi kami berpendapat Kogi harus diturunkan dahulu.
11. Akhyar Rashid
Sumber Gambar: FourFourTwo
Penyerang muda Kedah ini adalah gandingan ideal bagi Safawi Rasid dalam kesebelasan utama. Jadi tiada sebab mengapa OKS tidak menurunkan pemain ini.
Haa itulah barisan utama pilihan kami bagi menentang Korea Selatan petang ini. Anda ada kesebelasan lain yang mahu dikongsian ? Sila kongsi bersama kami.
Baca Juga: Mampukah Malaysia Ikuti Jejak Iceland Dan Costa Rica
(Visited 173 times, 1 visits today)