• Antonio Conte merisikokan lagi jawatan beliau dengan memberitahu bosnya di Chelsea yang mereka tidak boleh melepaskan Michy Batshuayi ke mana-mana sehingga penghujung musim.

    Penyerang Belgium itu menjaringkan dua gol dalam pusingan ke-4 Piala FA ketika kemenangan Chelsea ke atas Newcastle, kini di dalam perancangan Sevilla untuk meminjam beliau. Sementara itu, Chelsea pula dijangka akan menandatangani Edin Dzeko dari Roma.

    Tetapi Conte menyebut, jika Batshuayi pergi sekarang, ia akan menyebabkan Conte hanya akan tinggal dengan seorang sahaja penyerang tatkala mereka sedang berjuang dalam tiga pertandingan berbeza.

    Bos Chelsea itu berkata: “Jika anda melihat pada skuad kami, kami tiada tiga, empat atau lima penyerang, kami hanya ada dua – Morata dan Batshuayi,”.

    “Saya tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi jika anda bermain di dalam Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA, tiga orang penyerang adalah minimum untuk setiap pasukan yang seperti kami,”.

    “Kita kena melihat apa yang berlaku di dalam pasaran perpindahan. Jika kita mampu untuk ambil pemain lain, itu tak bermakna Michy harus dipinjamkan. Kita adalah banyak pertandingan. Tiga penyerang adalah minimum,” tambah Conte lagi.

    “Saya tidak tahu jika Michy Batshuayi mahu kekal di Chelsea ataupun mahu dipinjamkan ke kelab lain – itu adalah keputusan beliau sendiri, bukan dari saya,” tambah bekas pengurus Juventus itu.

    “Saya sangat bersedia untuk terus bekerja dengan semua pemain ini. Saya gembira. Tetapi seperti yang saya cakap dari awal, saya tidak tahu apa yang akan berlaku di dalam jendela perpindahan, segalanya mungkin,”

    Batshuayi, 24, telah pun menjaringkan sepuluh gol musim ini, walaupun hanya membuat sepuluh penampilan sebagai kesebelasan utama, – tetapi dia tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama dalam perlawanan separuh akhir Piala Carabao yang menyaksikan Chelsea tumbang ke tangan Arsenal, 1-2.

    (Nota: Artikel ini ditulis oleh Sofwan Zulkepli dari Liga Perdana Inggeris Malaysia).

    Jangan lupa ikuti kami juga di

    Instagram : @lpi_my
    Twitter : @LPI_MY

    #LPIMY

    Baca Juga: Aubameyang Hampiri Arsenal?

    Sumber: The Sun

    (Visited 59 times, 2 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.