• Hari ini barisan pemain bawah 22 tahun negara dijadualkan akan pulang ke tanah air selepas melakar sejarah gemilang di bumi China dalam temasay Piala Asia Bawah 2 Tahun. Daripada perjalanan bersejarah ini, kita dapat melihat beberapa nama yang mampu untuk menyinar bersama skuad senior kebangsaan suatu hari nanti. Dan satu nama yang kami mahu bincangkan di sini ialah satu-satunya pemain Malaysia yang menjaringkan gol dalam peringkat suku akhir Piala Asia Bawah 22 Tahun, N.Thanabalan. Mampukah pencipta sejarah ini menyinar pada saingan Liga Malaysia musim 2018 ini ?

    Lihat reaksi Thana selepas perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan di sini

    N.Thanabalan menjadi kesayangan pemiat bola sepak Malaysia apabila menjadi antara penjaring terbanyak temasya Sukan SEA 2017 lalu. Empat gol beliau berjaya membawa Malaysia melangkah ke perlawanan akhir. Bagi saingan Liga Malaysia musim 2018 ini, Thana akan mewakili pasukan Negeri Sembilan. Sebelumnya N.Thanabalan mewakili pasukan Felcra FC secara pinjaman dalam saingan Liga FAM. Negeri Sembilan hanya menandatangani seorang pemain import di bahagian serangan iaitu pemain asal Argentina, Nicolas Velez. Barisan serangan Negeri Sembilan yang selebihnya dibarisi oleh pemain tempatan seperti Thana, Khairul Izuan Rosli dan Fauzi Abdul Latif. Satu langkah yang baik diambil oleh pengurusan pasukan Negeri Sembilan. Mereka tidak terlalu bergantung kepada khidmat pemain import dan memberi penyerang tempatan lebih peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama.

    Kami menjangkakan Thana akan digandingkan dengan Nicolas Velez di bahagian serangan bagi mengharungi saingan musim 2018 ini. Musim lalu, Nicolas Velez berjaya menjaringkan 13 gol ketika mewakili pasukan Suphanburi FC dalam saingan Liga Thailand. Peranan beliau sebagai “pemain nombor 10” boleh dikatakan cemerlang musim lalu. Selain itu, pasukan Negeri Sembilan juga diperkuat bekas pemain Piala Dunia Korea Selatan, Kim Do-heon. Pengalaman yang dimiliki oleh Do-heon mampu untuk membantu Negeri Sembilan. Dan berkat pengalaman yang dimiliki. Do-heon diangkat sebagai ketua pasukan yang baru.

    Apa pendapat anda ? Mampukah N.Thanabalan beraksi cemerlang dalam saingan Liga Malaysia musim 2018 ini ? Mampukah beliau membawa Negeri Sembilan ke arah kecemerlangan ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.

    Baca juga: Pergilah Jika Ada Peluang

    Leave a comment

    Your email address will not be published.