• Ya, inilah harinya. Selamat menyambut Hari Penutup Perpindahan atau ‘Transfer Deadline Day’ bagi musim sejuk 2018!

    Siapakah pemain-pemain yang mungkin berpindah menjelang minit-minit akhir Deadline Day hari ini?

    1. Pierre-Emerick Aubameyang
    (Destinasi kemungkinan: Arsenal)

    Sumber foto: Sky Sports

    Menurut Kaveh Solkehol dari Sky Sports, Aubameyang telah pun tiba di pusat latihan Arsenal untuk menjalani ujian perubatan. Berkemungkinan yuran perpindahan untuk pemain yang dikaitkan dengan pelbagai masalah disiplin di Signal Iduna Park ini sudah pun dipersetujui dan hanya menunggu masa untuk dirasmikan perpindahan beliau.

    2. Olivier Giroud
    (Destinasi kemungkinan: Chelsea)

    Sumber foto: Metro

    Kemasukan Aubameyang ke Emirates menyebabkan Giroud terpaksa mencari jalan keluar dengan kesukaran untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama yang turut disaingi Alexandre Lacazette.

    Selepas mensasarkan pemain seperti Andy Carroll, Peter Crouch dan Edin Dzeko, Chelsea menyatakan minat untuk mendapatkan Giroud sebagai penyerang sokongan kepada Alvaro Morata. Matt Law dari Daily Telegraph melaporkan bahawa nilai Giroud ke Chelsea adalah berkemungkinan 18 juta pound.

    3. Michy Batshuayi
    (Destinasi kemungkinan: Borussia Dortmund)

    Sumber foto: The Sun

    Kitaran perpindahan ini tidak berhenti di situ dengan penyerang dari Belgium ini mahu meninggalkan Chelsea untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan.

    Dengan Dortmund yang bakal kehilangan Aubameyang, mereka meneliti Batshuayi adalah salah satu calon untuk mengisi tempat beliau, selain dari Anthony Modeste dari FC Koln.

    Begitupun, tiada maklumat terbaru berkenaan perpindahan pemain ini. Malah, Antonio Conte juga berharap Batshuayi akan kekal dengan menyatakan Blues memerlukan sekurang-kurangnya tiga penyerang untuk menghadapi tiga kejohanan musim ini.

    4. Lucas Moura
    (Destinasi kemungkinan: Tottenham)

    Sumber foto: Goal.com

    Pemain ini dikatakan telah pun tiba di England, namun para peminat masih menunggu bilakah perpindahan ini akan dimuktamadkan.

    Moura gagal mendapatkan rentak terbaik di PSG, dengan terpaksa bersaing dengan pelbagai nama besar untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Pemain yang pernah menjadi sasaran Sir Alex Ferguson enam tahun lalu ini mungkin tidak sama seperti dahulu, tetapi boleh memberikan alternatif lain kepada Mauricio Pochettino.

    5. Zlatan Ibrahimovic
    (Destinasi kemungkinan: LA Galaxy)

    Sumber foto: Eurosport

    Ya, mungkin sudah tiba saatnya Zlatan meninggalkan Eropah.

    Beliau akan menjangkau usia 37 tahun pada Oktober depan, dengan kini slot penyerang utama Manchester United telah diisi oleh Romelu Lukaku.

    Jose Mourinho sendiri tidak menolak kemungkinan pemain ini akan meninggalkan Old Trafford, Januari ini. L’Equipe memberitahu, penyerang ini telah pun menandatangani persetujuan bersama kelab Amerika Syarikat itu tiga minggu lalu.

    Sejauh mana kesahihannya, kita nantikan pada penghujung Deadline Day.

    7. Eliaquim Mangala
    (Destinasi kemungkinan: Newcastle)

    Sumber foto: Talksport

    Dengan Manchester City telah melengkapkan perpindahan Aymeric Laporte dengan rekod perpindahan kelab sebanyak 57 juta pound, Mangala akan menghadapi kesukaran mendapatkan tempat dengan perlu bersaing dengan Vincent Kompany, Nicolas Otamendi dan John Stones.

    Menurut Sky Sports, Newcastle United ada melakukan enkuiri kepada Manchester City untuk mendapatkan Mangala, begitu juga dengan Valencia.

    Perpindahan secara kekal, atau pinjaman, masih lagi dibincangkan.

    Siapakah yang akan melakukan perpindahan? Ke manakah para pemain akan pergi? Nantikan sehingga Deadline Day berakhir iaitu pada 1 Februari jam 8 pagi waktu Malaysia.

    Jangan lupa ikuti Liga Perdana Inggeris Malaysia di semua platform media sosial
    Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
    Twitter: @LPI_MY
    Instagram: @lpi_my

    Leave a comment

    Your email address will not be published.