• Mauricio Pochettino enggan menafikan sebarang khabar angin yang mengaitkan beliau ke Real Madrid tetapi dia memberikan komen yang dia lebih sanggup untuk bekerja di ladang berbanding bekerja di Arsenal mahupun Barcelona.

    Zinedine Zidane yang kini sangat tertekan dengan persembahan Real Madrid musim ini dan Sportsmail pada November 2017 yang lalu, memberitahu yang pengurus Tottenham Hotspurs itu akan menjadi perhatian utama sekiranya Zidane hilang jawatan di Real.

    “Kamu tidak akan tahu apa yang akan berlaku dalam bolasepak,” kata Pochettino yang kini masih fokus dengan kerja di Tottenham.

    Pengurus yang berasal dari Argentina, yang merupakan anak kepada seorang petani, berkata hanya tiga kelab sahaja yang dia akan menolak untuk sertai sebagai pengurus.

    Pochettino berkata: “Saya tidak akan pernah berminat atau akan sesekali menjadi pengurus di Barcelona atau Arsenal kerana jiwa saya hanya untuk Tottenham dan Espanyol. Saya membesar dengan Newell’s Old Boys dan juga tidak akan sesekali menguruskan Rosario Central (kelab rival Newell’s Old Boys). Itu adalah keputusan saya. Saya lebih suka bekerja di ladang di Argentina berbanding di tiga kelab ini,”

    Banyak pemain muda Tottenham telah memecah masuk ke dalam kesebelasan utama, yang mana menunjukkan dia memikirkan mengenai jangka masa panjang, tetapi Pochettino turut mengakui masa depan masih belum pasti.

    “Komitmen saya sangat besar untuk kelab. Saya bekerja seperti selama-lamanya saya akan berada di sini. Tetapi anda tidak akan tahu kerana banyak khabar angin.Esok, Daniel Levy (pengerusi Tottenham) boleh berada dalam mood yang tidak baik dan berkata “Saya akan pecat Mauricio,” tambah bekas pengurus Espanyol itu lagi.

    “Sudah tentu saya akan nampak bodoh dengan berkata yang saya tidak akan bekerja di tempat lain. Segalanya tidak stabil. Ia bukan berkenaan saya sahaja, ia berkaitan dengan keputusan, idea dan juga pengerusi….,”

    “Saya rasa Wenger juga perlu berhenti bercakap mengenai Spurs tidak memenangi sebarang trofi,” Pochettino menyentuh mengenai Wenger  yang berkata Arsenal dihakimi dengan standard yang berbeza oleh media, yang meraikan kelab lain yang tidak memenangi sebarang kejuaraan.

    Tetapi Pochettino berkata: “Bolasepak bukan hanya memenangi trofi, ianya berbeza bagi setiap kelab. Saya hormati Wenger tetapi beliau perlu bercakap mengenai Arsenal. Dia adalah  salah seorang pengurus bolasepak terbaik, tetapi dia buat kesalahan dengan bercakap mengenai Spurs,”

    (Nota: Artikel ini ditulis oleh Sofwan Zulkepli dari Liga Perdana Inggeris Malaysia).

    Jangan lupa ikuti kami juga di

    Instagram : @lpi_my
    Twitter : @LPI_MY

    #LPIMY

    Baca Juga: Aubameyang Ke Arsenal?

    Sumber: Sky Sports

    Leave a comment

    Your email address will not be published.