• Cristiano Ronaldo menyatakan pendirian beliau untuk kekal di Real Madrid, dengan berkata “Saya sayang kelab ini,”.

    Masa depan Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan pelbagai spekulasi baru, dengan laporan terbaru yang berkata Ronaldo mungkin akan meninggalkan juara Eropah itu selepas rundingan kontrak yang gagal.

    Bekas kelabnya, Manchester United dan kelab terkaya di Eropah kini, Paris St. Germain hangat dikaitkan sebagai destinasi seterusnya bagi penyerang kebangsaan Portugal itu, tetapi Cristiano sangat gembira dengan Bernabeu.

    Ditanya sekiranya dia menyukai kehidupan di Madrid, Ronaldo mengulas: “Sudah tentu saya suka tinggal di sini. Saya tinggal disini sejak tahun 2009 dan saya menyukai cuaca dan orangnya,”

    “Madrid juga dekat dengan Portugal dan anda boleh sampai ke sana dengan kereta sahaja. Sepanyol adalah negara yang baik, saya sukakannya. Sudah tentu saya mahu terus di sini, saya sayangkan Real Madrid,”

    Melihat pada masa hadapan, Cristiano Ronaldo, yang masih mempunyai kontrak panjang di Santiago Bernabeu sehingga 2021. Beliau mengakui matlamat asal beliau untuk bermain sehingga mencapai usia 41 tahun mungkin menjadi sesuatu yang tidak realistik setelah mempunyai empat orang anak.

    Penjaring terbanyak Real Madrid ini juga menolak untuk menjadi jurulatih selepas beliau menggantung but di satu masa kelak.

    Beliau memberitahu Dongqiudi (aplikasi bolasepak China) yang dipetik oleh media Sepanyol: “Perasaan yang sangat hebat, inilah yang saya sentiasa impikan. Sekarang, rancangan saya untuk bersara pada umur 41 tahun agak sukar untuk dicapai, dan kita hidup dalam momen yang baik,”

    Ronaldo menambah lagi: “Menjadi jurulatih bukan merupakan sebahagian dari rancangan saya, tetapi anda tahu, manusia boleh berubah pada bila-bila masa. Namun, pada masa ini, saya tidak berminat untuk menjadi jurulatih,”

    (Nota: Artikel ini ditulis oleh Sofwan Zulkepli dari Liga Perdana Inggeris Malaysia).

    Jangan lupa ikuti kami juga di

    Instagram : @lpi_my
    Twitter : @LPI_MY

    #LPIMY

    Baca Juga: Bukan Masa Untuk Berbulan Madu!

    Sumber: Daily Mail

    (Visited 113 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.