• Arthur Masuaku disahkan akan digantung enam perlawanan oleh FA England kerana meludah pemain lawan semasa perlawanan antara West Ham untuk aksi pusingan ke empat Piala FA Inggeris yang berkesudahan West Ham kecundang ditangan Wigan kelmarin.

    Pemain sayap itu telah dilayangkan kad merah selepas insiden berlaku pada minit ke-49 yang menyaksikan West Ham tewas dengan keputusan 2-0 yang berlangsung di DW Stadium pada sabtu. Insiden itu turut melibatkan bekas pemain Manchester United, Nick Powell.

    Masuaku akan terlepas aksi Liga menentang Crystal Palace, Brighton, Watford, Liverpool, Swansea and Burnley. Dia juga telah menerima banyak kritikan akibat dari tindakan beliau semasa perlawanan tersebut termasuk pengurusnya sendiri, David Moyes.

    “Saya ingin memohon maaf atas tindakan saya kelmarin. Saya telah mengecewakan rakan sepasukan, pengurus, jurulatih, pihak atasan kelab dan juga kepada penyokong Hammers.” tulis Masuaku dilaman Twitter miliknya.

    “Saya sangat kecewa kerana pengurus dan jurulatih telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada saya dan saya akan lebih bekerja keras dan memenangi hati mereka kembali.

    “Dalam situasi yang tegang itu saya gagal mengawal emosi dan saya sedar perbuatan saya itu tidak boleh diterima. Kad merah itu adalah yang pertama dalam karier dan saya akan belajar dari kesilapan itu.”

    Meludah kepada pemain lawan akan membawa hukuman penggantungan enam perlawanan dan Masuaku akan tersisih dalam sebarang aksi West Ham sehingga pertengah bulan Mac. Tekanan semakin hebat buat West Ham akibat dari penggantungan ini kerana mereka dalam krisis kecederaan yang menimpa pemain utama mereka.

    David Moyes turut menyelar tindakan Masuaku dan menyatakan keputusan pengadil untuk melayangkan kad merah adalah sangat tepat.

    “Perbuatan itu tidak boleh diterima sama sekali. Pengadil (Chris Kavanagh) telah melakukan penilaian yang betul tentang insiden tersebut dan saya sama sekali tidak ragu-ragu dengan keputusan itu.”

    Artikel Oleh: Hadi

    Ikuti kami juga di:
    Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
    Instagram: @lpi_my
    Twitter: @LPI_MY

    #LPIMY

    Leave a comment

    Your email address will not be published.