• Siapa sangka pasukan Vietnam Bawah 22 Tahun berjaya mara ke perlawanan akhir temasya Piala Asia Bawah 22 Tahun kali ini. Setelah mengejutkan pasukan Australia di peringkat kumpulan, perjalanan bersejarah Vietnam diteruskan apabila mereka mengejutkan pasukan Iraq, pasukan yang menewaskan Malaysia 4-1 ketika peringkat kumpulan. Setelah menewaskan Iraq menerusi sepakan penalti di suku akhir, Vietnam sekali lagi mengejutkan komuniti bola sepak Asia apabila menewaskan Qatar di peringkat separuh akhir. Pada perlawanan akhir pada sabtu, wakil Asia Tenggara ini akan bertemu Uzbekistan. Satu lagi pasukan yang tanpa disangka mara ke perlawanan akhir.

    Vietnam menjadi pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara yang berjaya mara ke perlawanan akhir dalam sejarah temasya ini. Pemain Vietnam, Nguyen Quang Hai menjadi watak utama dalam perjalanan bersejarah pasukan ini. Setakat ini, Quang Hai menjaringkan 4 gol, termasuk dua gol yang berjaya dihasilkan beliau ketika perlawanan separuh akhir. Penajag gol Vietnam, Bui Tien Dung juag memainkan peranan besar ketika menyelamatkan sepakan penalti pada peringkat suku akhir dan separuh akhir.

    Pelaburan besar yang dilakukan oleh Persekutuan Bola Sepak Vietnam ke atas empat buah akademi bola sepak nyata membuahkan hasil buat mereka. Empat akademi tersebut ialah Hoang Anh Gia Lai, Hanoi FC, Vettel FC dan PVF FC. Keempat-empat akademi ini menerapkan minit permainan yang banyak kepada para pemain.

    Dengan melangkahnya Vietnam Bawah 22 tahun ke perlawanan akhir, peristiwa ini menjadi titik permulaan dimana pasukan dari rantau Asia Tenggara harus diberikan perhatian oleh komuniti bola sepak Asia. Pasukan Asia Tenggara juga harus mengubah mentaliti mereka ketika menyertai kejohanan besar seperti Piala Asia dan Sukan Asia. Kita jangan lagi terlalu menghormati pasukan yang lebih besar seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia. Kita harus mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai sikap pantang menyerah. Buktikan yang pasukan Asia Tenggara juag mampu untuk menewaskan pasukan gergasi Asia yang lain.

    Saksikan debaran sepakan penalti ketika perlawanan Qatar menentang Vietnam

    http://inikanbola.my/staging/staging/stagingstagingwp-content/uploads/2018/01/videoplayback.mp4
    Sumber Video: beinsport

    Tahniah diucapkan kepada pasukan Vietnam. Anda telah membuktikan kepada seluruh Asia bahawa walaupun anda berasal dari rantau Asia Tenggara, anda juga mampu untuk menewaskan pasukan gergasi Asia. Kami di Inikan Bola mengucapkan selamat maju jaya untuk perlawanan akhir pada sabtu ini.

    Apa pandangan anda ? Adakah Vietnam mampu untuk menewaskan Uzbekistan sekaligus menempah sejarah dengan muncul juara Piala Asia Bawah Tahun ?

    Baca Juga: 5 Pemain Bawah 22 Tahun Yang Layak Bermain Di Luar Negara

    Baca selanjutnya mengenai perjalanan pasukan Vietnam Bawah 22 tahun di sini

    Leave a comment

    Your email address will not be published.