• Liga Malaysia tidak pernah kekang daripada drama saban tahun! Bermacam-macam drama ada. Anda tinggal nak pilih yang mana satu. Dari pasukan yang tidak mampu untuk membayar gaji mereka sehingga isu pemain membuat “u-turn” dengan menyertai pasukan lain di saat akhir. Di sini kami mahu menyentuh isu tentang pemain membuat pusingan U di saat akhir. Isu “U-Turn” dalam bola sepak Malaysia ni sampai bila ?

    Mari kita ambil contoh beberapa kes u-turn paling tergempar dalam bola sepak Malaysia. Sudah tentu anda masih ingat tentang kes Gary Steven Robbat yang sepatutnya kembali ke negeri kelahiran beliau iaitu Kedah selepas program Harimau Muda ditamatkan. Tetapi sebaliknya berlaku. Nama Gary berada dalam skuad akhir pasukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim sebelum bermulanya musim 2015. Akhirnya beliau menyertai JDT pada waktu itu. FAM mengenakan denda sebanyak RM50,000 ke atas beliau kerana melanggar peraturan perjanjian perpindahan yang telah ditetapkan. JDT juga tidak terlepas dan didenda sebanyak RM100,000. Manakala pasukan Pahang pula hanya diberi amaran keras.

    Di sini kami memberikan beberapa cadangan agar perkara ini tidak berlaku lagi.

    Ketatkan syarat perpindahan
    Di sini pihak FAM dan Juga FMLLP harus memainkan peranan. Sebagai pengelola Liga, FMLLP boleh mengetatkan lagi syarat perpindahan pemain seperti contoh pemain A tidak boleh menandatangani kontrak dengan pasukan lain setelah sebelumnya menandatangani kontrak bersama pasukan AB. Jika melanggar undang-undang, maka pemain tersebut akan dikenakan tindakan tegas. Selain mengetatkan peraturan perpindahan, FMLLP juga harus menyemak semula kontrak yang akan diberikan oleh pasukan kepada pemain.

    Pasukan wajib mempunyai pakar
    Pasukan haruslah mempunyai pakar yang arif tentang perihal perpindahan pemain dan juga kontrak. Jika pasukan sendiri tidak arif dengan undang-undang dan juga regulasi tentang perpindahan pemain dan juga kontrak, hal itu boleh membawa kepada salah faham antara pihak pasukan dan juga pemain.

    Tiada lagi “verbal agreement”
    Kita dah masuk tahun 2018. Kami berharap tiada lagi perjanjian lisan diantara pemain dan juga pasukan. Perjanjian lisan ini hanya merugikan kedua-dua belah pihak. Jika berlaku sesuatu perkara, baik pihak pasukan mahupun pemain tidak boleh membawa perkara tersebut ke peringkat yang lebih tinggi kerana tiada hitam dan putih yang telah ditandatangani.

    Haa itulah sebahagian kupasan kami tentang isu pemain membuat pusingan U dalam Liga Malaysia. Nantikan kupasan penuh dalam artikel yang seterusnya. Apa pendapat anda pula ? Anda ada langkah yang boleh dikongsi untuk mengelakkan isu “U-Turn” ini boleh dielakkan daripada berlaku dalam Liga Malaysia ?

    Baca juga: Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa

    Leave a comment

    Your email address will not be published.