Liga Malaysia musim 2018 akan diwarnai dengan pasukan Selangor dan Kuala Lumpur yang akan berkongsi Stadium Cheras sebagai markas “home” mereka bagi saingan Liga Malaysia musim 2018. Reaksi penyokong Selangor kebanyakkannya redha. Namun lain pula reaksi penykong Kuala Lumpur. Sesetengah daripada mereka tidak redha mereka berkongsi stadium dengan musuh tradisi Lembah Klang mereka itu. Haa jadi kali ini, kami nak bawakan kepada anda 5 pasukan “rivals” yang berkongsi stadium!

1. AC Milan dan Inter Milan.
Stadium yang dikongsi: San Siro

Sumber Gambar: Wikipedia

Milan Derby antara derby yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak antarabangsa. Stadium ini dibina pada tahun 1925 oleh presiden AC Milan ketika itu, Piero Pirelli. Ada satu kelainan jika salah satu pasukan Milan ini bermain di stadium ini. Jika AC Milan bermain, stadium ini akan dipanggil San Siro. Jika Inter Milan bermain, stadium ini akan dipanggil stadium Giuseppe Meazza.

2. AS Roma dan Lazio
Stadium yang dikongsi: Stadio Olimpico

Sumber Gambar: Wikipedia

Ini satu lagi derby yang paling ditunggu-tunggu oleh pemnat bola sepak antarabangsa. Ramai pemain legenda pernah mewarnai derby ini seperti Hernan Crespo dan Francesco Totti. Stadio Olimpico ini dibuka pada 1937 dan sejak itu stadium ini telah menyaksikan bermacam peristiwa ketika Rome Derby. Peminat kedua-dua pasukan pun juga meriah. Bak kata mereka, “biar tak menang liga, asalkan menang Rome Derby”.

3. Bayern Munich dan TSV 1860 Munchen
Stadium yang dikongsi: Allianz Arena

Sumber Gambar: Wikipedia

Bayern Munich dan TSV 1860 Munchen datang dari bandar yang sama. Tetapi, kejayaan yang membezakan kedua-dua pasukan. Bayern Munich berjaya menjadi pasuka yang paling banyak memenangi gelaran domestik memenangi gelaran Bundesliga sebanyak 25 kali, manakala TSV Munchen hanya sekali.

4. Fluminense dan Flamengo
Stadium yang dikongsi: Estadio do Maracana

Sumber Gambar: Wikipedia

Derby Flu-Fla ini antara derby terpanas di Amerika Selatan setelah Derby Supeclasico antara Boca Juniors dan River Plate. Derby Flu-Fla ini bermula pada tahun 1911. Flamengo mempunyai 33 kejuaraan domesik berbanding Fluminense yang mempunyai 31 kejuaraan. Flamengo juga telah menewaskan Fluminense sebanyak 15 kali dalam perlawanan kompetitif. Panas!

5. Persepolis FC dan Esteghlal FC
Stadium yang dikongsi: Stadium Azadi

Sumber Gambar: Wikimedia

Tehran Derby ini adalah yang paling panas di Asia! Derby ini bermula dengan pasukan Taj dan Shahin FC yang kemudiannya bertukar nama kepada Esteghlal dan Persepolis. Betapa panasnya Deby ini sehinggakan Persatuan Bola Sepak Iran meminta pengadil dari luar negara bagi mengadili perlawanan ini untuk mengelakkan “bias” ketika perlawanan.

Haa itulah 5 pasukan “rivals” yang berkongsi stadium. Menurut anda bagaimana ? Adakah perseteruan Selangor dan Kuala Lumpur akan sepanas 5 perseteruan di atas ?

Baca Juga: Mampukah 15,000 Penyokong Ini Datang Ke Staidum ?

Baca dengan lebih lanjut “rivalries” lain di sini

Leave a Reply