Perlawanan kedua Liga Super antara Kedah bertemu Perak di Stadium Darul Aman yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-3. Perlawanan dicemari dengan layangan kad merah kepada Liridon Krasniqi apabila menyiku Leandro Dos Santos ketika situasi bola mati.

 

Kedah sekali lagi bermula dengan negatif, sama seperti ketika beraksi menentang JDT dalam perlawanan pertama. Aksi yang ditunjukkan Kedah jauh berbeza berbanding musim lalu. Musim lalu mereka begitu dominan, yakin dan dahagakan kejayaan. Kali ini mereka tampil negatif, takut dan bermain untuk tidak kalah, bukannya bermain untuk menang. Di separuh masa pertama, pertahanan Kedah bertahan terlalu deep, manakala Pablo Pallares isolated di atas. Membiarkan ruang terlalu banyak di bahagian tengah yang membolehkan pemain tengah Perak berasa selesa dan membuat pressing ke atas midfield Kedah. Bahagian midfield Kedah jelas tenggelam kerana ditekan. Kebanyakan hantaran mereka sangkut dan mudah kehilangan bola. Kami telah menggariskan kesilapan sama yang dilakukan Kedah ketika bertemu JDT. Baca di Review Piala Sumbangsih: JDT Dominan, Kedah Negatif.

 

Perak hadir dengan pelan yang jelas. Mereka bertahan dengan baik dan melakukan serangan balas pantas. Itu yang dilakukan mereka sepanjang 90 minit perlawanan. Menarik menyaksikan Gilmar dan Norhakim nampak berada prestasi terbaik. Norhakim sentiasa bersedia untuk melakukan take on dari bahagian sayap, manakala Gilmar merupakan ancaman di hadapan. Sedikit merisaukan ialah aksi pemain Perak yang agak keras. Misagh Bahadoran, Leandro Dos Santos dan Amirul Azhan bernasib baik tidak dilayangkan kad merah dalam perlawanan ini. Secara kesuluruhan, Perak nampaknya sudah mula mendapat rentak mereka. Mereka harus kekal menyusahkan lawan, dan melakukan serangan balas pantas di samping berhati-hati dengan tackles mereka.

 

Di separuh masa kedua, Kedah memperbaiki permainan mereka. Mereka kembali beraksi seperti musim lalu. Hantaran mereka lebih kemas, mereka lebih decisive, lebih berani dan lebih compact. Akhyar Rashid mencuri perhatian dengan gerakan-gerakan berbahaya beliau. Malangnya, tindakan kurang bijak Liridon Krasniqi menyiku Leandro Dos Santos sekali lagi mengubah dinamik perlawanan. Pemain-pemain Kedah jelas terganggu dengan kad merah tersebut, dan pemain-pemain Perak mengambil kesempatan tersebut untuk menjaringkan 2 lagi gol dalam 10 minit terakhir. Seperti kata Mehmet Durakovic, pemain beliau beraksi dengan baik dan fokus sepanjang perlawanan. Mereka stick to the plan walaupun mereka ditekan hebat di separuh masa kedua. Pasukan Perak tahun ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai karekter untuk menjadi pencabar.

 

Kedah harus bangkit dalam perlawanan-perlawanan seterusnya. Mereka tidak boleh lagi bermain untuk tidak kalah, mereka harus bermain untuk menang. Mungkin Ramon Marcote sudah belajar dari 2 perlawanan ini bahawa pasukan sehebat Kedah harus bermain secara menyerang. Seperti ulasan kami sebelum ini, mereka harus menggerakkan bola lebih cepat, bermain lebih tinggi untuk menekan lawan dan kembali bermain dengan corak free flowing football. Perak nampak lebih stabil musim ini. Kami menjangkakan Perak akan menjadi pasukan yang sangat sukar ditewaskan musim ini. Jika mereka kekal konsisten, mereka boleh menjadi pencabar liga.

Leave a Reply