“Behind every successful man there is a woman behind him”. Haa itulah kata-kata yang selalu dilontarkan kepada seorang lelaki yang berjaya dalam hidupnya. Sempena Hari Kekasih atau yang lebih dikenali sebagai Valentines Day hari ini, kami nak senaraikan 5 “Wags” atau pasangan kepada 5 pemain bola sepak Malaysia yang berjaya dalam karier masing-masing.

1. Ayu Raudhah

Sumber Gambar: Instagram Zaquan Adha

Pelakon terkenal ini menjadi pasangan kepada pemain Kuala Lumpur dan bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak. Pasangan ini mula mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, anak yang ketiga dilahirkan pada Jun tahun lalu.

2. Zandra Aziela

Sumber Gambar: Instagram Safiq Rahim

Bekas pemain bowling negara ini merupakan pasangan kepada ketua pasukan Johor Darul Ta’zim dan skuad kebangsaan, Safiq Rahim. Pasangan ini mul amembina rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Patutlah “perform” tiap kali bermain untuk JDT. Orang rumah lawa pakk!

3. Nur Izyan

Sumber Gambar: Berita Memey

Nur Izyan merupakan pasangan kepada ketua pasukan Kedah dan pemain tengah skuad kebangsaan, Baddrol Bakhtiar. Baddrol dan bekas guru matematik ini memulakan kehidupan bersama pada 2015. Setakat ini, Baddrol dan Izyan dikurniakan seorang cahaya mata.

4. Siti Aisya

Sumber Gambar: Berita harian

Pramugari Air Asia yang cantik jelita ini adalah isteri kepada penyerang Pahang dan skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha. Pasangan ini mul amendirikan rumah tangga pada 2010, tepatnya sehari sebelum Malaysia menentang Indonesia pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tetapi pada 2013, Siti Aisya pernah mencetuskan kontroversi apabila bersikap kurang ajar terhadap pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Skypark Subang pada 12 September 2013 lalu. Itu yang trending #MatYoTakSalah di media sosial.

5. Leuniey Natasha

Sumber Gambar: Ammboi

Leuniey Natasha ialah pasangan kepada penjaga gol pasukan Kelantan dan skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Pasangan ini mula mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Steady Apek!

Haa itulah dia 5 Wags paling meletup dalam Liga Malaysia pilihan kami. Apa kata anda ? Cukup tak dia punya “meletop” tu ? Kalau anda ada Wags lain yang mahu dikongsikan, mari kongsikan dengan kami!

Baca Juga: Apa Yang Kita Boleh Kita Beli Dengan Gaji Sebulan Liridon Krasniqi ?

Leave a Reply