Hari ini, juara Piala AFC edisi 2015, Johor Darul Ta’zim akan memulakan kempen Piala AFC tahun ini dengan menerima kunjungan kelab dari Indonesia, Persija Jakarta. JDT sudah pasti mahu melakukan yang terbaik pada temasya kali ini kerana temasya Piala AFC kali ini boleh saja menjadi temasya Piala AFC yang terakhir buat mereka. Tahun hadapan, juara Liga Super akan mendapat slot automatik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia. Jadi persoalannya adalah, mampukah mereka menjadi juara sekali lagi ?

Setelah berjaya muncul juara pada 2015, sudah dua temasya pasukan JDT disingkirkan pada peringkat separuh akhir. Pada 2016 mereka tewas kepada Bengaluru dan pada 2017, mereka tewas kepada kelab Filipina, Ceres Negros. Kami berpendapat, Ulisses Morais sudah mempunyai perancangan untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku pada edisi kali ini. Lihat saja pemain di bahagian serangan yang dibawa masuk. Trio Cabrera-Figueroa-Diaz sudah cukup untuk memberitahu kita bahawa mereka mahu sekali lagi menjadi raja bukan hanya dalam saingan Liga Malaysia, tetapi juga saingan Piala AFC. “Total control!”

Bukan hanya barisan serangan JDT saja yang perlu diberikan perhatian. Lihat saja kepada “squad depth” yang dimiliki oleh mereka. Ulisses Morais mempunyai banyak pilihan sekaligus boleh membuat “rotation” bagi mengekalkan pemain beliau sentiasa cergas dan juga bersedia. Ini adalah kelebihan yang dimiliki oleh JDT berbanding pasukan lain dalam Liga Malaysia. Itupun belum lagi kita ambil kira beberapa pemain yang diturunkan ke JDT II. Banyak betul pilihan Morais ni!

Mampukah JDT muncul juara Piala AFC kali ini ? Kami berpendapat perkara itu tidak mudah untuk diulangi. Tambahan pula, Johor Darul Ta’zim merupakan kelab tunggal yang mewakili Liga Malaysia setelah pasukan Pahang menolak untuk beraksi dalam temasya kali ini atas alasan mahu memberikan fokus mereka ke saingan Liga domestik. Tetapi, jika JDT mampu untuk mengekalkan prestasi cemerlan, segalanya tidak mustahil. Jika mereka berjaya muncul juara pada temasya kali ini, maka ini adalah ucapan selamat tinggal paling manis kepada saingan Piala AFC.

Leave a Reply