Sumber Gambar: Stadium Astro

Kecoh di media sosial apabila terdapat ura-ura pasukan Kelantan mahu menukar ketua jurulatih mereka ketika ini, Shatit Bensoh denga jurulatih lain selepas prestasi hambar pasukan musim ini. Bukan saja Statit Bensoh yang mahu ditukar. Khabarnya, ketua jurulatih Kedah ketika ini, Ramon Marcote juga mahu ditukar oleh pengurusan Kedah kerana prestasi hambar pasukan. Kami berpendapat perkara ini masih terlalu awal untuk dilakukan kerana saingan Liga Super musim ini baru memasuki minggu perlawanan ketiga. Berilah jurulatih ini masa untuk menerapkan taktikal mereka dalam pasukan.

Ya tidak dapat kita nafikan pasukan Kelantan dan juga Kedah memulakan saingan Liga musim ini dengan langkah kiri. Kedah hanya menang satu perlawanan manakala Kelantan pula hanya mengutip 1 seri. Kedua-dua pasukan mengalami dua kekalahan setakat ini. Tetapi, ini tidak bermakna anda harus mengambil tindakan drastis dengan menggantikan ketua jurulatih sedia ada. Bukan itu caranya. Apa yang diperlukan oleh Sathit Bensoh dan Ramon Marcote adalah sokongan daripada pihak pengurusan dan juga masa untuk menerapkan taktikal masing-masing.

Perkara ini juga boleh memberi impak kepada jurulatih itu sendiri dan juga para pemain. Berita yang diwar-warkan di media sosial tentang pemecatan kedua-dua jurulatih ini sedikit-sebanyak boleh membuatkan keyakinan kedua-dua pihak ini goyah. Penukaran jurulatih pada kadar yang segera tidak akan mengubah apa-apa.

Tahun pun sudah masuk 2018. Janganlah kita mempunyai mentaliti sebegini rupa. Beri masa dan peluang. Hanya itu yang diperlukan oleh jurulatih dalam Liga Malaysia ni. Jangan kamu jangka jika kamu ambil khidmat Jose Mourinho, esok kamu terus menang Liga Super. Bak kata orang putih, “football needs time”. Semoga pihak pengurusan pasukan Liga Malaysia ni menukar cara pemikiran mereka. Berfikirlah secara moden. Bukan cara zaman dulu-dulu. Zaman dulu-dulu dah habis.

Haa itulah tanggapan kami mengenai ura-ura Sathit Bensoh dan juga Ramon Marcote yang khabarnya mahu ditukar dengan jurulatih lain. Ia masih terlalu awal. Apa kata anda ? Anda setuju dengan keputusan yang dibuat ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.

Baca Juga: Sentuhan “King Raja” Memang Istimewa!

Leave a Reply