• Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memecat ketua jurulatih mereka, Sathit Bensoh atas alasan prestasi buruk pasukan dalam saingan Liga Super musim ini. Dalam 3 perlawanan Liga Super setakat ini, Kelantan hanya mampu untuk mengutip 1 mata saja. Kami berpendapat ini adalah keputusan yang diambil dengan kadar yang terburu-buru. Tetapi, ia sudah berlaku. Di sini, kami nak senaraikan kepada anda 4 calon jurulatih yang boleh dipertimbangkan oleh KAFA untuk dijadikan ketua jurulatih mereka yang baru.

    1. Velizar Popov
    Jurulatih
    Sumber Gambar: Semuanya Bola

    Velizar Popov pernah mengendalikan pasukan Kelantan pada musim 2016 lalu. Namun, konflik antara beliau dan juga pengurusan pasukan Kelantan ketika itu membuatkam beliau angkat kaki daripada pasukan. Kali ini, terdapat ura-ura bahawa beliau menjadi calon kuat untuk menjadi ketua jurulatih Kelantan yang baru.

    2. Azraai Khor Abdullah

    Sumber Gambar: Sinar Harian

    Sama seperti Popov, sebelum ini Azraai Khor juga pernah membimbing pasukan Kelantan. Tepatnya pada 2015. Namun, beliau tidak kekal lama ketika itu. Jika KAFA mahu seorang individu yang berpengalaman, beliau bolehlah cuba hubungi Azraai Khor.

    3. Datuk M.Karathu

    Sumber Gambar: Biswardi Hasbi

    Datuk M.Katathu juga pernah membimbing Kelantan pada musim 1993 dan juga 2011 lalu. Beliau pernah memberikan gelaran Piala Sumbangsih dan juga kejuaraan Liga Super pada 2011. Datuk M.Karathu kemudiannya meletakkan jawatan kerana beliau gagal untuk membimbing Kelantan untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi pasa edisi sebelumnya. Khabarnya, Datuk M.Karathu antara nama yang sedang diambil kira oleh KAFA.

    4. Yusri Che Lah

    Sumber Gambar: Stadium Astro

    Yusri Che Lah diangkat menjadi pembantu kepada Sathit Bensoh pada permulaan musim ini. Beliau mempunyai pengalaman membimbing Felcra FC dalam saingan Liga FAM sebelum ini. Jika KAFA mahukan jurulatih muda untuk mengendalikan pasukan mereka, maka kami berpendapat Yusri Che Lah adalah individu yang tepat. Ketika ini Yusri mengendalikan pasukan Kelantan buat semenyara waktu.

    Haa itulah 4 jurulatih yang menurut kami boleh dipertimbangkan oleh KAFA. Keempat-empat mereka sudah masak dengan pasukan Kelantan. Jadi menurut kami mereka tidak akan berdepan masalah untuk mengendalikan pasukan, itupun jika KAFA mahu memberikan kebebasan kepada mereka untuk mengendalikan pasukan sepenuhnya. Jika tiada kebebasan, bagilah Antonio Conte atau Zinedine Zidane sekalipun tahap pasukan akan sentiasa sama.

    Apa pendapat anda ? Layakkah 4 jurulatih di atas untuk mengendalikan Kelantan ? Atau anda ada calon jurulatih lain yang anda rasa lebih layak ? Mari kongsikan dengan kami.

    Baca Juga: Masih Terlalu Awal Untuk Tukar!

    (Visited 122 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.