• Saingan Liga Perdana musim ini nyata memberi kelainan kepada peminat bola sepak Malaysia, berbeza dengan edisi sebelum ini. Kita telah melihat pasukan Felda United yang dicanang sebagai pasukan pilihan menerajui Liga, ada pula pasukan Terengganu FC II dan JDT II yang menghuni tangga tercorot Liga. Di sini, kami tak mau kupas pasal pasukan-pasukan dalam Liga. Kami akan membawakan kepada anda 5 pemain import yang menyinar dalam saingan Liga Perdana setakat ini.

    1. Gilberto Fortunato

    Sumber Gambar: Felda United

    Penyerang Felda United ini telah menjaringkan 6 gol dalam saingan Liga setakat ini. Gandingan Gilberto bersama Thiago Augusto dan Wan Zack Haikal di bahagian serangan Felda memang berbisa. Gilberto juga boleh dikategorikan sebagai “signing of the season”.

    2. Casagrande

    Sumber Gambar: Berita Harian

    Kuala Lumpur rindukan pemain ini ? Ya sudah pasti. Casagrande setakat ini telah menjaringkan 5 gol dalam saingan Liga. Langkah yang diambil oleh Felcra mengambil khidmat bekas pemain Kuala Lumpur ini nampaknya berbaloi.

    3. Ian Ramsay

    Sumber Gambar: Felda United

    Tak lengkap rasanya kalau kita tidak memasukkan Ramsay dalam senarai ini. Beliau setakat ini telah meyumbangkan 3 “assist” dan menjaringkan dua gol dalam saingan Liga. Ramsay sedikit-sebanyak menyumbang kepada prestasi cemerlang Felda setakat ini.

    4. Nicolas Fernandez

    Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

    Meskipun ketika ini JDT II berada di kelompok bawahan, namun Nicolas Fernandez bermain dengan baik setakat ini. Fernandez berjaya meyumbang 3 “assist” untuk JDT II dalam saingan Liga. Mereka terlalu berharap kepada Fernandez.

    5. Lucah Pugh

    Berita Harian

    Siapa sangka UiTM FC akan memulakan kempen Liga Perdana musim ini dengan gemilang. Penyerang import mereka, Lucas Pugh menjadi penyumbang besar kepada rentak cemerlang ini. Beliau telah menjaringkan 4 gol dalam saingan Liga. Mampukah UiTM meneruskan prestasi cemerlang mereka ?

    Haa itulah 5 pemain import yang menurut kami menyinar dalam saingan Liga Perdana setakat ini. Apa pendapat anda ? Anda ada pemain ain yang boleh dimasukkan dalam senarai di atas ? Mari kongsikan dengan kami.

    Baca Juga: 6 Pemain Yang Menyerlah Setakat Ini!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.