• Sejak pasukan bawah 22 tahun negara beraksi cemerlang di kejohanan Piala Asia Bawah 22 Tahun di China bulan lalu, banyak pasukan yang mulai sedar tentang penggunaan pemain muda dalam pasukan mereka. Setakat ini kita boleh melihat kelibat pemain muda dalam saingan Liga Super dan Juga Liga Perdana. Kali ini, kami akan membawakan kepada anda 5 pemain muda yang menyerlah dalam saingan Liga Super musim 2018. Enjoy!

    1. Syahmi Safari

    Sumber Gambar: FourFourTwo

    Pemain sayap Selangor ini telah menjaringkan dua gol dalam saingan Liga Super setakat ini. Persembahan paling memukau dari beliau adalah ketika Selangor menewaskan pasukan Melaska United dengan keputusan 4-1. Beliau menjaringkan satu gol yang kami rasa layak untuk dicalonkan sebagai gol terbaik bagi bulan Januari. Kami ternanti-nanti bagaimana persembahan ubi Selangor ini pada perlawanan seterusnya.

    2. Akhyar Rashid

    Sumber Gambar; Kedah FA

    Penyerang muda Kedah ini telah menjaringkan satu gol dalam saingan Liga Super setakat ini. Beliau menjaringkan gol kemenangan ketika Kedah menewaskan PKNP FC dengan keputusan 1-0. Diletakkan di posisi sayap, Akhyar nyata bermain dengan baik di posisi tersebut. Kami berpendapat beliau akan terus diberi kepercayaan oleh Ramon Marcote untuk terus berada dalam kesebelasan utama.

    3. D.Kugan

    Sumber Gambar: Selangor FA

    Nama D.Kugan mula meletup musim ini apabila diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan Selangior pada 3 perlawanan terakhir. Dan beliau nyata cemerlang. Larian-larian pantas serta hantaran lintang beliau dari bahagian kanan nyata berbahaya buat pasukan lawan. Kami meramalkan Kugan akan terus mengisi posisi “right wing back” buat pasukan Selangor.

    4. Matthew Davies

    Sumber Gambar: FourFourTwo

    Ketua pasukan Pahang ini beraksi cemerlang di bahagian kanan pertahanan pasukan Pahang. Seperti biasa, larian pantas dan juga hantaran lintang Davies menjadi aset utama buat Pahang.

    5. Nor Azam Azih

    Sumber Gambar: Pahang FA

    Nor Azam Azih beraksi cemerlang di bahagian tengah pasukan Pahang setakat ini. Gandingan beliau bersama Safuwan Baharuddin berjaya membantu pasukan ketika menyerang dan juga bertahan.

    Haa itulah 5 pemain muda yang menurut kami setakat ini beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini. Apa pandangan anda mengenai senarai di atas ? Boleh pergi ke tak ? Atau anda ada pemain lain yang boleh dimasukkan ? Boleh kongsikan dengan kami.

    Baca Juga:
    5 Pemain Yang Boleh Membuat “Comeback” Musim Ini!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.