• Saingan Liga Malaysia musim 2018 diwarnai dengan pelbagai drama dan juga perkara yang menghangatkan lagi saingan musim ini. Dari pasukan yang tidak melengkapkan dokumen, pemecatan jurulatih hinggalah pasukan yang membuat kejutan musim ini. Macam-macam ada! Kali ini, kami nak bawakan kepada anda 5 pemain yang boleh membuat “comeback” dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

    1. Safee Sali

    Sumber Gambar: PKNS FC

    Kita sedia maklum betapa berbisanya penyeerang ini ketika kemuncak karier beliau. Namun, beberapa musim kebelakangan ini, prestasi Safee Sali dilihat merudum. Musim ini, dengan bimbingan daripada jurulatih yang pernah menaikkan nama beliau iaitu Datuk K.Rajagopal, kami percaya Safee mampu untuk mencari semula sentuhan berbisa beliau.

    2. Norshahrul Idlan Talaha

    Sumber Gambar: Pahang FA

    Mat Yo membentuk gandingan emas bersama Safee Sali ketika zaman kemuncak beliau. Sama seperti Safee, prestasi beliau mula merudum beberapa musim kebelakangan ini. Beliau juga berpindah-randah daripada satu kelab ke kelab yan lain. Musim ini, beliau bermain di bawah bimbingan Dollah Saleh. Kita juga melihat beliau diturunkan dalam kesebelasan utama dalam beberapa perlawanan. Kami berpenda[at Mat Yo mampu untuk “comeback” musim ini.

    3. Shakir Shaari

    Shakir Shaari

    Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

    Pemain ini pernah dicanang sebagai pemain tengah terbaik negara satu ketika dulu. Namun, kita sudah jarang melihat beliau beraksi dalam kesebelasan utama dalam beberapa musim terakhir. Jadi musim ini, setelahh diturunkan ke JDT II, kami berpendapat Shakir mampu untuk sekurang-kurangnya menemui semula sentuhan beliau seperti dulu.

    4. Ashari Shamsuddin

    Sumber Gambar: Terengganu FC

    Ashari pernah digelar “silent killer” ketika membantu skuad kebangsaan memenangi Piala AFF Suzuki pada 2010. Beliau juga pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Super pada musim 2010 dengan menjaringkan 18 gol ketika itu. Musim ini, beliau kembali ke pangkuan Terengganu. Mampukah Ashari menemui semual sentuhan beliau ? Ya kami percaya.

    5. Fadhli Shas

    Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

    Fadhli mula menjadi pilihan utama Ulisses Morais pada akhir musim lalu. Sebelum ini, beliau hanyalah pilihan kedua ddibelakang Aidil Zafuan. Kami percaya musim ini beliau akan terus menjadi pilihan utama Ulisses Morais.

    Haa itulah 5 pemain yang menurut kami mampu untuk membuat “comeback” musim ini. Apa pendapat anda ? Anda ada senarai pemain lain yang mampu untuk berbuat demikian ? Mari kongsikan bersama kami.

    (Visited 340 times, 4 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.