• Macam-macam perkara yang berlaku dalam dunia bola sepak minggu ini. Ada pasukan besar yang tewas, ada pemain yang menipu dalam Wikipedia mereka dan juga seorang pemain pertahanan termahal dunia yang dipermainkan seolah-olah beliau ini tidak tahu bermain bola sepak. Haa di sini kami nak senaraikan 5 perkara yang “Tak Boleh Blah!” dalam bola sepak antarabangsa minggu ni.

    1. Chelsea Tewas 4-1!

    Sumber Gambar: Daily Star

    Semenjak mamat Giroud ni datang ke Chelsea, mereka kalah semua game beb! Tapi yang paling kelakar ialah perlawanan menentang Watford pagi tadi. Sudahlah kalah, minit ke-30 seorang pemain Chelsea dibuang padang! Memang takde nasib. Kami berpendapat masa depan Antonio Conte semakin malap.

    2. Mahal Je Lebih!

    Sumber Gambar: Give Me Sports

    Semenjak mennyertai Liverpool ni, belum ada “clean sheet” untuk pasukan Jurgen Klopp. Pada perlawanan menentang Tottenham, Van Dijk ni dia buat hal! Beliaulah punca Tottenham mendapat sepakan penalti sekaligus menyebabkan Liverpool terlepas 3 mata. Lepas tu tak nak mengaku pula tu. Dia boleh salahkan Harry Kane sebab “diving”. LOL!

    3. Kena Game!

    Sumber Gambar: 90min.com

    Zaman moden ni janganlah kita cepat percaya dengan sesuatu perkara yang tak pasti. Macam satu kelab Lithuania ni. FK Panevėžys menandatangani Barkley Miguel-Panzo yang kononya pernah bermain untuk Queens Park Rangers dan pernah menjaringkan 45 gol untuk kelab London itu. Padahal, si Barkley ni tak pernah main untuk QPR pun. Bukan itu saja. laman wikipedia Barkley yang mengatakan beliau pernah bermain untuk Angola juga tidak benar. Senang betul kena game! Haha

    4. Bakayoko is a joke

    Dia ni lah punca Chelsea kalah pagi tadi. Pada minit ke-30, Bakayoko dibuang padang. Dan segalanya mula goyang buat Chelsea sejak itu. Lepas ni memang takkan ada dalam kesebelasan utama!

    5. Ferdinand Tukar Angin!

    Sumber Gambar: 90min.com

    Selepas menutup karier sebagai pemain bola sepak prifesional, Rio Ferdinand menukar angin untuk menjadi atlet Kickboxing! Khabarnya, perlawanan pertama Ferdinand untuk karier Kickboxing beliau ialah menentang Joe Weller. Bangga Sir Alex dengan Ferdi ni.

    Haa itulah 5 perkara yang “tak boleh blah!” minggu ini. Korang ada “moment” lain yang mahu dikongsi dengan kami ? Mari kongsikan dengan kami.

    Baca Juga: Kebaikan Kontrak Panjang Kepada Pemain

    Leave a comment

    Your email address will not be published.