• Liga Super musim 2018 telah memulakan saingannya pada Sabtu dengan perlawanan pertama musim ini melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang pasukan Kedah dalam perebutan Piala Sumbangsih. JDT berjaya menewaskan Kedah dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Luciano Figueroa dan Marcos Antonio. Di sini kami nak berikan kepada anda 6 perkara daripada tirai pembukaan Liga Super 2018!

    1. JDT Masih Lagi Dominan

    Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

    Nampaknya pasukan JDT masih lagi dominan dalam saingan Liga Malaysia. Pada perlawanan menentang Kedah tempoh hari, JDT dilihat lebih menguasai perlawanan. Pemain yang menyerlah pada perlawanan tersebut ialah La’Vere Corbing-Ong. Larian pantas dan juga teknik lontaran bola beliau yang “gila” itu mendapat perhatian ramai peminat bola sepak Malaysia.

    2. Selangor Kelihatan Lebih Baik

    Sumber Gambar: FAS

    Ketika perlawanan antara Selangor menentang Kuala Lumpur, itu adalah corak permainan terbaik yang disajikan oleh pasukan Selangor. Jika mereka berjaya mengekalkan prestasi cemerlang tersebut, kami yakin mereka mampu untuk mencabar empat pasukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

    3. Melaka Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

    Sumber Gambar: MUSA

    Lain macam Melaka musim ni! Kita boleh melihat ketika perlawanan menentang Kelantan pada sabtu, mereka dilihat lebih menguasai perlawanan biarpun ketinggalan pada awal perlawanan. Para pemain juga berjaya menyesuaikan diri dengan taktikal ketua jurulatih, Eduardo Almeida. Tidak seperti musim lepas, mereka gagal untuk cepat menyesuaikan diri dengan taktikan jurulatih.

    4. Brendan Gan Kembali

    Sumber Gambar: Perak TBG

    Setelah dua tahun kita tidak melihat aksi pemain versatile negara ini, akhirnya para peminat bola sepak negara dapat mengubati kerinduan mereka apabila Brendan beraksi buat Perak ketika menentang Pahang. Para peminat dan juga kami sendiri ternanti-nanti bagaimana aksi Brendan Gan pada perlawanan akan datang.

    5. Negeri Sembilan Perlukan Pemain “Game Changer”

    Sumber Gambar: @teamn9fc

    Negeri Sembilan dilihat sedikit bergelut ketika mereka tewas kepada PKNP FC. Barisan serangan yang diketuai oleh Nicolas Velez dilihat gagal untuk menembusi barisan pertahanan pasukan lawan. Kami berpendapat Negeri Sembilan perlukan pemain “game changer” dalam pasukan mereka.

    6. Pasukan Baru Boleh Bersaing

    Sumber Gambar: PKNP FC

    Hanya dua pasukan yang mengutip mata daripada empat pasukan pendatang baru Liga Super 2018. PKNP berjaya mengutip 3 mata penuh manakala Terengganu FC mengutip 1 mata ketika seri dengan PKNS FC. Dua lagi pasukan iaitu Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur gagal mengutip mata apabila tewas kepada pasukan PKNP FC dan Selangor. Kami melihat pasukan pendatang abru boleh bersaing dengan pasukan lain.

    Haa itulah 6 perkara daripada tirai pembukaan Liga Super 2018 pilihan kami. Anda ada pendapat lain ? meh kongsikan dengan kami.

    Baca Juga: Jangan Kamu Sia-Siakan Bakat Yang Ada

    Saksikan aksi cemerlang La’Vere Corbin-Ong di sini

    Leave a comment

    Your email address will not be published.