• Peminat pasukan Johor Darul Ta’zim dikejutkan dengan peletakkan jawatan ketua jurulatih mereka, Ulisses Morais semalam. Hari ini, mereka sekali lagi dikejutkan dengan tindakan Jorge Pereyra Diaz yang secara tiba-tiba meninggalkan pasukan tatkala mereka akan menghadapi Song Lam Nghe Anh dalam saingan Piala AFC. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula. Perkara ini membangkitkan persoalan. Ada apa sebenarnya disebalik peletakkan jawatan Ulisses Morais dan larinya Jorge Pereyra Diaz ?

    Persoalan ini mula menyelubungi peminat apabila jurulatih sementara Johor Darul Ta’zim, Raul Longhi membuat kenyataan yang seolah-olah ada masalah yangs edang berlaku dalam pasukan. Anda boleh lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Raul Longhi di bawah.

    Jika kita melihat kepada kenyataan Raul Longhi di atas, sepertinya Jorge Pereyra Diaz ini telah bertindak “besar kepala” dengan melanggar undang-undang dan juga polisi yang telah ditetapkan oleh kelab. Jika beliau tidak berbuat demikian, takkanlah Longhi akan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Longhi tentu lebih arif tentang perkara yang berlaku dalam pasukan kerana ketika ini JDT sedang dibimbing oleh beliau. Tambahan pula, ini bukannya pertama kali Diaz membuat onar dengan kelab beliau. Pada awal musim 2017, Diaz telah bertindak meninggalkan JDT dan melabel JDT dengan panggilan “bunghole” di media sosial milik beliau.

    Selain pemergian Diaz, peminat juga masih lagi tertanya-tanya dengan pemergian Ulisses Morais yang disifatkan sangat terburu-buru. Sebelum ini, Morais dilihat mempunyai hubungan yang baik-baik saja bersama para pemain, pihak pengurusan dan juga peminat. Jika Morais mempunyai hubungan baik dengan semua pihak, mengapa beliau meninggalkan pasukan dengan kadar yang sangat terburu-buru ? Alasan yang digunakan oleh Morais iaitu kerana faktor kesihatan keluarga nyata diragui oleh peminat JDT. Adakah Morais juga bertindak “besar kepala” seperti Pereyra Diaz ? Mungkin.

    Apa sebenarnya yang terjadi ? Jawapan kepada persoalan ini hanya boleh diketahui oleh peminat apabila pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan nanti. Buat masa ini, banyak persoalan yang bermain di minda para peminat.

    Apa pendapat anda mengena “saga” ini ? Menurut anda, apa penyebab Ulisses Morais dan Jorge Pereyra Diaz meninggalkan Johor Darul Ta’zim ?

    (Visited 813 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.