• Segalanya serba tidak menjadi buat pasukan Kedah ketika ini. Mereka mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super musim ini. Namun, kekalahan paling tidak boleh diterima oleh para peminat ialah pada semalam ketika mereka tewas kepada pasukan Perak dengan keputusan 3-1. Ada dua insiden kekasaran yang menarik perhatian kami dalam perlawanan semalam.

    Yang pertama adalah insiden yang melibatkan pemain tengah pasukan Kedah, Liridon Krasniqi yang dilayangkan kad merah selepas menyiku pemain tengah Perak, Leandro Dos Santos. Kami berikan cuplikan insiden tersebut:

    Satu lagi insiden yang berlaku semalam ialah dimana ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar yang menendang kaki penyerang Perak, Misagh Bahadoran selepas beliau dikasari sehingga menyebabkan pemain Filipina itu mengalami kecederaan. Lihat aksi tidak profesional Baddrol di bawah:

    Apa yang menjadi persoalan kami di sini adalah mengapa hanya Liridon saja yang dilayangkan kad merah sedangkan Baddrol boleh terlepas tanpa menerima hukuman ? Walhal insiden Baddrol yang menendang Bahadoran dilihat serius dan seharusnya dilayangkan kad merah dan juga penggantungan sekurang-kurangnya tiga perlawanan. Apa sudah jadi dengan sistem pengadilan Liga kita ? Takkanlah perkara besar seperti ini anda boleh menutup mata seolah-olah tiada apa yang terjadi. Mana kredibiliti anda sebagai pengelola Liga ?

    Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FMLLP harus meneliti semula insiden tersebut. Hal ini bagi mengelakkan peminat daripada terus mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia yang kita sedia maklum berada di tahap yang kurang memuaskan. Perkara seperti ini harus diberikan sepenuh perhatian oleh kedua-dua badan tersebut.

    Bagi Liridon dan Baddrol, anda sebagai pemain profesional seharusnya tidak bersikap sebegitu. Anda harus lebih bijak dalam mengawal emosi di dalam padang, apatah lagi perlawanan semalam tu adalah perlawanan besar. Selain itu, anda sebagai pemain senior akan dijadikan contoh oleh pemain muda di dalam pasukan. Jadi tunjukkanlah contoh yang baik kepada mereka.

    Semoga insiden seperti semalam tidak terulang lagi dan merencatkan kerancakkan perjalanan Liga Malaysia musim 2018. Kami juga berharap Liridon, Baddrol serta semua pemain lain mengambil pengajaran daripada insiden kekasaran semalam.

    Baca Juga: Apa Yang Kita Boeh Beli Dengan Gaji Bulanan Liridon Krasniqi

    Baca mengenai ulasan perlawanan Kedah menentang Perak di sini

    Leave a comment

    Your email address will not be published.