• Empat perlawanan Liga Super 2018 berlangsung semalam. Memang banyak kejutan yang berlaku! Kami sendiri pun tak jangka. Pasukan Terengganu dan Pahang berjaya mengutip 3 mata pertama musim ini. Pasukan Perak dan Selangor harus menerima kenyataan mereka tewas perlawanan pertama musim ini. Perlawanan antara Kuala Lumpur dan Johor Darul Ta’zim pula terpaksa disambung esok kerana masalah cuaca.

    Kami nak kupas terlebih dahulu tentang perlawanan Terengganu menentang Selangor. Memang lain macam kedua-dua pasukan malam ni. Yang satu menunjukkan persembahan yang luar biasa. Yang satu lagi menunjukkan persembahan yang layak diberi kritikan. Pemain Terengganu dilihat memanfaatkan kelemahan Selangor di bahagian pertahanan pada perlawanan semalam. Bukan saja pertahanan yang bermasalah, penjaga gol pun sama! Kami berpendapat tak usah la P.Maniam menurunkan Norazlan. Beri kesempatan kepada penjaga gol yang lain. Diharap ini menjadi “wake up call” kepada pemain Selangor setellah tewas 4-1.

    Pahang pula dilihat lebih kemas dan berbahaya pada perlawanan menentang Kelantan. Keputusan Dollah mengambil khidmat Forkey Doe memang tepat. Beliau berjaya memperbaiki kelemahan di jentera serangan Pahang. Bagi Kelantan pula, masalah sama berulang kembali. Barisan pertahanan mereka nyata longlai!

    Tak cukup dengan dua kejutan di atas, PKNS FC berjaya menewaskan Perak 2-0. Jangkaan kami setakat ini tepat. PKNS FC mampu untuk menjadi “silent killer” dalam saingan Liga Super musim ini. Rafael Ramazotti menjadi watak penting bagi pasukan PKNS semalam. King Gopal dah bagi warning tu!

    Perlawanan Kuala Lumpur menentang JDT pula terpaksa ditangguhkan ke petang ini gara-gara masalah cuaca. Haa disini kami sedikit musykil. Mengapa pengadil tidak meneruskan saja perlawanan ketika hujan sudah mulai reda ? Mengapa perlu mengambil keputusan secara tergesa-gesa untuk menanguhkan perlawanan ? Anda boleh lihat gambar di bawah. Gambar ini diambil pada pukul 11 malam.


    Sumber Gambar: The City Boys

    Persoalan ini kami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya. Hari ini akan berlangsung dua lagi perlawanan Liga Super iaitu pasukan Kedah akan menentang pasukan PKNS FC manakala pasukan Negeri Sembilan pula akan menentang pasukan Melaka United. Naning Derby! Jangan lupa untuk datang ke stadium ye!

    Baca Juga: 4 Cara Untuk Kelab Bola Sepak Mengisi Kantung Kelab

    Leave a comment

    Your email address will not be published.