• Penolong jurulatih pasukan Kelantan, Yusri Che Lah telah dilantik sebagai pengendali sementara pasukan sehingga ketua jurulatih yang baru dilantik kelak. Beliau mengambil alih tugasan daripada Sathit Bensoh yang dipecat minggu lalu. Tugas pertama Yusri Che Lah adalah perlawanan Unifi Liga Super 2018 menentang pasukan Perak di laman sendiri pada sabtu. Kami berpendapat perlawanan ini adalah medan yang sangat penting buat pasukan Kelantan kerana mereka harus segera mengutip kemenangan pertama musim ini. Jika kita, mereka akan terus terpelosok di kelompok bawhan Liga. Di sini kami juga mahu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk memberi peluang kepada Yusri untuk menerapkan corak permainan yang beliau inginkan ke atas pasukan.

    Kami berpendapat pelantikan Yusri Che Lah merupakan satu langkah yang tepat oleh KAFA. Ini kerana sedikit sebanyak Yusri telah masak dengan persekitaran pasukan Kelantan kerana sebelum ini beliau menggalas tugas sebagai pembantu kepada ketua jurulatih yang dipecat, Sathit Bensoh untuk menguruskan pasukan. Tambahan pula, Yusri adalah seorang jurulatih muda yang sudah mempunyai pengalaman mengendali beberapa pasukan dalam kancah Liga Malaysia seperti Perlis da Felcra FC.

    Saat ini apa yang diperlukan oleh Yusri adalah peluang dan juga masa untuk menerapkan strategi beliau ke atas pasukan Kelantan. Tanpa kedua-dua elemen ini, mustahil untuk kita melihat pasukan Kelantan bangkit. Kami juga berharap agar Yusri Che Lah tidak dilayan seperti Sathit Bensoh oleh pengurusan KAFA. Baru tiga perlawanan Liga sudah dinilai prestasinya kemudian dipecat. Kali ini, berilah anak muda ini lebih dari sekadar tiga perlawanan untuk membuktikan bahawa beliau boleh untuk menerajui pasukan Kelantan.

    Mampukah Yusri menyelamatkan pasukan Kelantan daripada terus berada di kelompok pasukan bawahan Liga ? Jawapan kepada persoalan ini boleh kita lihat selepas perlawanan antara Kelantan dan Perak sabtu ini. Tetapi, apa yang penting bagi kami, pengurusan pasukan Kelantan dan juga penyokong harus berdiri teguh dibelakang jurulatih muda ini. Selamat maju jaya kami ucapkan untuk Yusri.

    Baca Juga: Masa Dan Peluang: Itu Yag Mereka Perlukan

    (Visited 38 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.