• Pembelian jendela perpindahan januari Everton, Cenk Tosun telah berazam untuk ‘bertarung’ bagi mendapatkan tempat permulaan yang tetap di Everton, selepas permulaan karier yang perlahan dalam rencah bola sepak Inggeris.

    Pemain antarabangsa Turki itu tiba dengan harga 27 juta Pound bulan lalu, dan diharapkan menjaringkan gol untuk Everton bagi membantu kelab itu untuk melompat lebih tinggi dalam jadual kedudukan Liga Perdana Inggeris.Tosun setakat ini gagal untuk benar-benar menyesuaikan diri.

    Selepas mengakui kesukaran di Goodison Park, pemain berusia 26 tahun itu menegaskan bahawa kembali ke bekas kelabnya iaitu Besiktas bukan pilihan yang tepat sekarang.

    “Saya berdarah Besiktas, Besiktas adalah rumah saya, tetapi saya tidak akan kembali ke sana tanpa berjuang, tanpa kejayaan”, katanya kepada Football365. “Saya harap segala-galanya akan menjadi lebih baik apabila saya dapat mengadaptasi cara permainan liga ini”.

    “Saya sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di England, rumah baru saya, dan persekitaran baru ini, selepas masa yang lama di Turki. Tetapi saya baik-baik sahaja setakat ini. Bukan mudah untuk datang ke liga lain setelah bermain di Turki selama hampir 7 musim”.

    “Ia adalah perkara biasa untuk mempunyai tempoh seperti ini, dan pengurus saya, Sam Allardyce juga memberitahu saya tentang itu, dia sentiasa menasihati saya, buat masa ini saya tidak mempunyai apa-apa masalah, dia memberitahu saya apabila saya sudah membiasakan diri, saya akan berada dalam kesebelasan utama kelab ini. Saya sedang bekerja keras untuk itu sekarang”.

    Cenk Tosun telah menjaringkan 8 gol dalam 16 perlawanan Super Liga Turki pada musim 2017-18 sebelum menyertai Everton, selain mendaftarkan 4 gol dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA sebelum ini.

    Artikel oleh: S.A

    Sumber artikel: sportsmole.co.uk

    Ikuti kami juga di:
    Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
    Instagram : @lpi_my
    Twitter: @LPI_MY

    #LPIMY

    Leave a comment

    Your email address will not be published.