• Tidak dinafikan kerancakkan Liga Super musim 2018 sedikit tidak lengkap tanpa hadirnya pasukan yang telah mencabar kejuaraan bagi dua musim terakhir iaitu Felda United. Felda musim ini terpaksa beraksi di saingan Liga Perdana disebabkan masalah perlesenan kelab yang tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Felda beraksi dengan baik setakat ini dalam saingan Liga Perdana. Mereka mengutip dua kemenangan dan berjaya menjaringkan 8 gol. Kami di sini mempunyai persoalan di minda. Mampukah Felda menamatkan saingan Liga Perdana sebagai juara sekaligus tak terkalahkan ?

    Kali terakhir pasukan yang mampu berbuat demikian dalam saingan Liga Perdana ialah pasukan Sarawak pada musim 2013. Ketika itu pasukan Sarawak beraksi dengan cukup cemerlang di bawah kendaliam Robert Alberts. Sarawak juga mencatatkan perolehan mata tertinggi dalam sejarah Liga Perdana ketika itu dengan perolehan mata sebanyak 58 mata. Kami berpendapat Felda mampu intuk mengatasi rekod yang dipegang oleh Sarawak. Dengan barisan pemain tempatan serta pemain import yang berpengalaman, anak-anak buah B.Sathianathan sepatutnya tidak berdepan masalah.

    Rata-rata peminat bola sepak negara berpendapat jika Felda beraksi dalam saingan Liga Super menggunakan barisan pemain seperti sedia ada, mereka masih lagi mampu untuk sekali lagi mencabar Johor Darul Ta’zim bagi mahkota Liga Super. Lihat saja pemain import yang mereka ambil. Tiga daripadanya sudah mempunyai pengalaman beraksi di Liga Malaysia. Hanya Ian Ramsay saja yang baru merasai cabaran beraksi dalam Liga Malaysia.

    Mahu tidak mahu, suka atau tidak suka Felda United wajib menjadi juara Liga Perdana musim ini. Jika mereka gagal, walaupun muncul sebagai naib juara, kami berpendapat itu masih lagi dianggap sebagai kegagalan kerana dengan barisan pemain sedia ada, mereka sepatutnya tidak berdepan masalah untuk muncul juara. Sejujurnya, kami mahu melihat kelibat Felda United dalam saingan Liga Super dengan kadar yang segera. Tidak sepatutnya pasukan berprestij seperti The Fighters ini beraksi dalam saingan Liga Perdana. Kami juga berharap pihak pengurusan mengambil pengajaran tentang perihal perlesenan kelab ini pada masa akan datang

    Baca Juga: 6 Pemain Terbaik Liga Perdana Setakat Ini!

    (Visited 64 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.