• Bulan ini bermulanya saingan Liga Juara-Juara Eropah bagi peringkat kalah mati. Dalam kiraanbeberapa bulan, kemuncak kejohanan ini akan sampai di peringkat akhir yang akan diadakan diStadium Kompleks Sukan Negara Olimpiyskiy di Kiev, Ukraine – stadium yang menjadi tuan rumah
    bagi kelab Dynamo Kiev semenjak tahun 2011 dan perlawanan akhir Piala Eropah 2012.

    Sumber Gambar: Stadium Guide

    Bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2018-19 sehingga 2020-21, terdapat beberapa perubahan yang akan dilaksanakan. Seperti pada 2 musim lepas, di mana juara Liga Europa musim sebelumnya akan diserap masuk ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, menyaksikan
    Sevilla menjadi kelab pertama mendapat kuota istimewa sedemikian. Secara tidak langsung, ini menjadikan Sepanyol sebagai negara pertama yang memiliki 5 pasukan di peringkat kumpulan selepas Valencia layak ke peringkat kumpulan selepas mengalahkan AS Monaco di pusingan play off di laluan liga.

    EMPAT PERSATUAN NEGARA TERATAS MEMILIKI 4 WAKIL KELAB

    Seperti mana yang kita ketahui, sebelum ini hanya 3 persatuan negara teratas sahaja yang boleh menghantar 4 kelab ke saingan Liga Juara-Juara ini. Semenjak saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2012-13, tiga negara tersebut adalah Sepanyol, England dan Jerman. Namun bermula musim hadapan, jumlah negara yang dibenarkan menghantar empat wakil kelab ke saingan Liga Juara-Juara ditambah menjadi 4 negara, dengan kemasukan Itali semula. Kali terakhir Itali menghantar 4 kelab ialah pada saingan musim 2011-12, walaupun Udinese gagal masuk ke peringkat kumpulan selepas kalah agregat 1-3 dengan Arsenal di pusingan play-off laluan liga.

    PENGENALAN PUSINGAN AWAL KELAYAKAN

    Pada musim ini, juara liga dari 10 persatuan negara terbawah akan memasuki pusingan pertama kelayakan untuk berlawan sesama sendiri, iaitu negara di kedudukan 46 sehingga 55. Namun bagi musim hadapan, hanya juara liga dari 6 persatuan negara sahaja yang akan memasuki pusingan
    pertama kelayakan. 4 negara lainnya yang berada pada kedudukan empat terbawah yang berada di kedudukan 52 sehingga 55 akan berlawan sesama sendiri di pusingan awal kelayakan, dan hanya satu kelab sahaja yang akan menuju ke pusingan pertama kelayakan. 3 kelab yang kalah di pusingan ini akan menuju ke pusingan kedua kelayakan Liga Europa.

    PENAMBAHAN KELAB DI PUSINGAN PERTAMA KELAYAKAN

    Di Liga Juara-Juara musim sebelumnya – termasuk musim ini, 10 juara liga dari 10 persatuan negara terbawah akan berada di pusingan pertama kelayakan. Namun pada musim hadapan, 33 juara liga dari persatuan negara di kedudukan 18 sehingga 51 (kecuali negara Liechtenstein yang tiada liga di negara tersebut) ditambah dengan pemenang di pusingan awal kelayakan akan berlawan sesama sendiri. 17 kelab yang menang akan memasuki peringkat kedua kelayakan, dan 17 kelab yang kalah akan memasuki pusingan kedua kelayakan Liga Eropah.

    PENGENALAN LALUAN JUARA & LALUAN LIGA DI PUSINGAN KEDUA KELAYAKAN

    Sebelum ini, laluan juara diperkenalkan pada musim 2009-10 dengan nama ‘laluan juara’ dan ‘laluan bukan juara’ pada peringkat ketiga kelayakan. Laluan ini membezakan kelab yang menjadi juara liga di negara masing-masing, dengan kelab yang mendapat tiket selepas menamatkan saingan bukan sebagai juara liga di negara masing-masing. Semenjak saingan musim 2011-12, laluan bukan juara ditukar sebagai laluan liga.

    Bermula musim hadapan, laluan juara dan laluan liga akan diperkenalkan pada pusingan kedua kelayakan. 3 juara liga dari persatuan negara di kedudukan 15 sehingga 17 akan bersaing sesama sendiri dengan 17 pemenang di pusingan pertama kelayakan di bawah laluan juara, sementara 6 naib juara liga dari persatuan negara di kedudukan 10 sehingga 15 akan bersaing sesama sendiri di bawah laluan liga. 10 kelab dari laluan juara dan 3 kelab dari laluan liga yang menang di pusingan kedua kelayakan ini akan layak ke pusingan ketiga kelayakan, sementara kelab-kelab yang kalah akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Liga Eropah.

    PENAMBAHAN PASUKAN TEMPAT KETIGA DI PUSINGAN KETIGA KELAYAKAN

    Di pusingan ketiga kelayakan, 10 kelab dari laluan juara dan 3 kelab dari laluan liga akan bersaing dengan 2 kelab dari laluan juara (juara liga dari persatuan negara di kedudukan 13 dan 14) dan 5 kelab dari laluan liga (3 naib juara liga dari persatuan negara di kedudukan 7 sehingga 9, dan 2 tempat ketiga liga dari persatuan 5 dan 6). Sebelum ini, hanya satu persatuan negara sahaja yang menempatkan pasukan di tempat ketiga liga.

    6 kelab dari laluan juara dan 4 kelab dari laluan liga yang menang di pusingan ini akan memasuki pusingan play-off, sementara 6 kelab dari laluan juara yang kalah di pusingan ketiga kelayakan ini akan memasuki peringkat play-off Liga Europa, sementara 4 kelab dari laluan liga yang kalah di pusingan ketiga kelayakan akan memasuki peringkat kumpulan Liga Eropah.

    PUSINGAN PLAY-OFF TANPA KELAB DI LALUAN LIGA

    Bagi musim-musim sebelumnya, kelab-kelab di laluan liga biasanya diisi dengan kelab yang mendapat tempat keempat di liga negara masing-masing. Namun untuk musim hadapan, pusingan play-off hanya menempatkan 2 kelab yang menjadi juara di liga dari persatuan negara di kedudukan 11 dan 12 sahaja. Kedua-dua kelab ini akan berlawan sesama sendiri dengan 6 kelab dari pusingan ketiga di bawah laluan juara, sementara 4 kelab dari laluan liga dari pusingan ketiga kelayakan akan bersaing sesama sendiri. 4 kelab dari laluan juara dan 2 kelab dari laluan liga yang berjaya memenangi perlawanan akan masuk ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, sementara kelab-kelab yang kalah akan masuk ke peringkat kumpulan Liga Europa.

    PERINGKAT KUMPULAN YANG MERIAH

    Pada musim ini, ada 22 kelab yang telah layak secara automatik ke peringkat kumpulan ini. Kelabkelab tersebut adalah 12 juara liga dari persatuan negara di kedudukan 1 sampai 12, 6 naib juara liga dari persatuan negara di kedudukan 1 sampai 6, 3 tempat ketiga liga dari persatuan negara di kedudukan 1 sampai 3, dan juara Liga Europa. Sebenarnya kuota juara bertahan Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan telah diberikan kepada juara Liga Europa, memandangkan Real Madrid sebagai juara bertahan Liga Juara-Juara menjadi juara liga Sepanyol, dan Manchester United sebagai juara Liga Europa menamatkan liga Inggeris di kedudukan kelima.

    Bermulanya musim ini, terdapat perubahan ketara yang penting, di mana :

    1. 26 kelab akan layak secara automatik (berbanding 22 kelab pada tahun lepas)

    2. Juara Liga Europa musim ini akan layak secara automatik (berbanding layak ke peringkat play-off pada tahun lepas). Untuk pengetahuan, Sevilla (dua kali) dan Manchester United sebagai juara-juara Liga Europa sebenarnya diharuskan bermain di peringkat play-off, namun
    memandangkan juara Liga Juara-Juara pada masa itu (Real Madrid dua kali dan Barcelona) juga mendapat tiket layak automatik ke peringkat kumpulan sebagai juara/naib juara liga, maka tiket layak automatik ke peringkat kumpulan itu diberikan kepada juara Liga Europa.

    3. 4 persatuan negara di kedudukan 1 sampai 4 akan menempatkan masing-masing empat kelab (berbanding 3 persatuan negara di kedudukan 1 sampai 3 akan menempatkan masingmasing tiga kelab pada tahun lepas). Secara tidak langsung, keempat-empat negara tersebut – Sepanyol, Jerman, England dan Itali – akan menghantar juara, naib juara, tempat ketiga dan tempat keempat liga masing-masing ke peringkat kumpulan.

    4. 2 persatuan negara di kedudukan 5 dan 6 akan menempatkan masing-masing dua kelab (berbanding 3 persatuan negara di kedudukan 4 sampai 6 pada tahun lepas). Negara-negara tersebut adalah Perancis dan Russia yang akan meletakkan juara dan naib juara liga masingmasing.

    5. 4 juara liga dari persatuan negara 7 sampai 10 akan layak ke peringkat kumpulan (berbanding 6 juara liga dari persatuan negara 7 sampai 12 pada musim lepas). Negaranegara tersebut adalah Portugal, Ukraine, Belgium dan Turki.

    Perubahan akan dibuat kepada senarai di atas, jika juara Liga Juara-Juara dan / atau Liga Europa layak untuk kejohanan ini melalui liga di negara masing-masing.

    1. Sekiranya juara Liga Juara-Juara musim ini juga mendapat tiket layak automatik ke peringkat kumpulan musim hadapan, maka juara liga di persatuan negara ke 11 (Republik Czech) akan layak ke peringkat kumpulan secara automatik, bukan di laluan juara pusingan play-off.

    2. Sekiranya juara Liga Europa musim ini juga mendapat tiket layak automatik ke peringkat kumpulan musim hadapan, maka tempat ketiga liga di persatuan negara ke 5 (Perancis) akan layak ke peringkat kumpulan secara automatik, bukan di laluan liga pusingan ketiga kelayakan.

    3. Sekiranya juara Liga Juara-Juara atau Liga Europa musim ini juga mendapat tiket layak automatik ke peringkat kelayakan, maka slot kelab tersebut di peringkat kelayakan akan dikosongkan dan kelab dari persatuan negara tertinggi di peringkat kelayakan sebelumnya akan maju ke peringkat kelayakan tersebut.

    Bagi undian kumpulan, 8 kelab yang berada di balang 1 merupakan juara bertahan Liga Juara-Juara dan 7 kelab yang menjadi juara liga di persatuan negara 1 sampai 7 (Sepanyol, Jerman, England, Itali, Perancis, Russia dan Portugal). Namun jika juara bertahan Liga Juara-Juara juga merupakan juara di liga negara masing-masing, maka slot juara bertahan Liga Juara-Juara di balang 1 akan diberikan kepada juara liga Ukraine sebagai persatuan negara ke 8. Nampak gayanya, tidak perlu lagi pasukan seperti Arsenal bersaing di peringkat play-off sekiranya menamatkan liga musim ini di tempat keempat. Sekiranya Arsenal layak la…

    Nota: Artikel ini ditulis oleh Ariffansar. Jika anda ada artikel yang mahu dikongsikan dengan kami, jangan segan-segan untuk menghubungi kami di media sosial Inikan Bola.

    Baca Juga: UEFA Nations League 2018

    Leave a comment

    Your email address will not be published.