Sumber foto: Sky Sports
Minggu lalu, kedua-dua pasukan mempunyai cerita berbeza dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris masing-masing.
Liverpool yang bermain baik, diragut 2 mata berharga mereka oleh jaringan penalti lewat permainan oleh Harry Kane.
Sementara itu, Southampton bergembira setelah mengharungi 10 minggu tanpa kemenangan, akhirnya mereka berjaya mengutip mata penuh setelah menewaskan West Bromwich Albion.
Southampton
Barisan pemain
Tiada kecederaan terbaru yang dilaporkan dari kem Southampton, dan berkemungkinan besar skuad yang sama ketika menentang West Brom bakal diturunkan pada awal pagi isnin ini.
Manolo Gabbiadini masih belum pulih dari kecedeaan pinggul yang dialaminya dan Charlie Austin masih tidak dapat diturunkan.
Guido Carrillo bakal mengekalkan tempatnya dibahagian serangan utama pasukan Southampton.
Prestasi semasa
Southampton memperolehi kemenangan pertama dalam Liga Perdana Inggeris dalam 13 perlawanan terakhir yang mereka lalui kebelakangan ini setelah menewaskan West Brom minggu lalu.
Jika menang menentang Liverpool, Southampton bakal merekodkan 2 kemenangan berturut-turut sejak kali terakhir mereka lakukan pada bulan April tahun 2017.
Jika tewas, mereka bakal menyamai rekod lama mereka dengan 7 perlawanan di tempat sendiri tanpa menang dalam Liga Perdana Inggeris.
Jack Stephens telah menjaringkan 3 gol dalam 3 penampilannya bersama Southampton kebelakangan ini, setelah gagal menjaringkan gol dalam 38 penampilan beliau sebelum ini.
Pengurus Southampton, Mauricio Pellegrino sebelum ini telah bermain 13 perlawanan bersama Liverpool pada 2005 dan merupakan barisan kejurulatihan Liverpool dibawah kendalian Rafa Benitez pada tahun 2008-2010.
Liverpool
Barisan pemain
Pertahanan Liverpool, Ragnar Klavan dan Alberto Moreno dilaporkan sudah pulih dari kecederaan masing-masing namun masih bergelut dengan kecergasan mereka.
Bekas pemain Southampton Virgil van Dijk, Adam Lallana, Sadio Mane, Dejan Lovren dan Alex Oxlade-Chamberlain dijangka akan membuat penampilan dalam perlawanan ini.
Joe Gomez dilaporkan bakal terlepas perlawanan ini dan dijangka pulih menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Porto kelak.
Prestasi semasa
Liverpool hanya tewas sekali sahaja sepanjang 17 perlawanan yang lalu dalam Liga Perdana Inggeris dan hanya tewas 1-0 kepada Swansea City pada bulan lalu.
Sepanjang kariernya bersama liverpool, Jurgen Klopp telah berhadapan Southampton sebanyak 8 kali, dimana beliau hanya menang sebanyak 2 kali, mencatatkan 3 keputusan seri dan 3 kekalahan.
Fakta pertemuan
Kemenangan Liverpool 3-0 keatas Southampton tempoh hari menamatkan badi 5 perlawanan tanpa kemenangan Liverpool keatas Southampton.
Dalam 3 perlawanan terakhir di Southampton, Liverpool gagal menang ketika berkunjung ke stadium Southampton tersebut.
Pemain Southampton yang terakhir menjaringkan gol menentang Liverpool adalah Sadio Mane, pada bulan Mac 2016.
Artikel Oleh : A. Mashud
Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY
#LPIMY