• Perlawanan diantara Selangor menentang Pahang semalam diwarnai dengan tindakan pengadil perlawanan yang menurut peminat Selangor adalah pengadilan yang berat sebelah. Gol ketiga pasukan Pahang adalah hasil sepakan penalti Forkey Doe yang berpunca daripada bola yang terkena tangan pemain pertahanan Selangor, Willian Pacheco. Namun, bola atersebut sebenarnya terkena di luar kotak penalti, bukannya didalam. Anda boleh lihat insiden tersebut di bawah.


    Berdasarkan gambar di atas, jelas bola tersebut terkena tangan Pacheco tetapi berlaku di luar kotak penalti. Penjaga garisan pula dilihat tidak membantu pada perlawanan semalam. Ketika kejadian berlaku, penjaga garisan tidak mengangkat bendera beliau seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dalam hal ini, penjaga garisan sepatutnya lebih peka. Pengadil juga dilihat tidak berbincang dengan penjaga garisan berkenaan insiden tersebut.

    Kecelaan mengenai mutu pengadilan sudah lama terjadi dalam saingan Liga Malaysia. Tetapi, perkara ini sepertinya berlaku saban musim dan seolah-olah tiada penghujungnya. Sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pengelola Liga, FMLLP memperhalusi perkara ini. Mereka harus mengeluarkan satu perancangan mengenai bagaimana untuk memantapkan lagi institusi pengadilan di Liga Malaysia.

    Ya kami tidak nafikan bahawa pengadil juga manusia biasa. Mereka juga tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Tetapi, kesilapan semalam boleh dielakkan jika pengadil dan juga penjaga garisan lebih peka kepada situasi yang sedang berlaku. Ia boleh dielakkan jika kedua-duanya berkomunikasi dengan baik. Kami berharap kejadian ini tidak akan berulang pada masa hadapan. Sebagai peminat Liga Malaysia, kita pastinya tidak mahu kerancakkan perlawanan Liga dicemari dengan kejadian seperti ini.

    Sumber Gambar: Ig Liridon Krasniqi

    Liridon pun marah tau dengan pengadil semalam.

    Jadi apa pendapat anda mengenai mutu pengadilan Liga Malaysia ? Apa jalan penyelesaian yang diperlukan untuk memastikan kejadian semalam tidak berulang dan mutu pengadilan Liga Malaysia boleh dipertingkatkan agar Liga kita ini boleh bergerak maju dan dilabel sebagai Liga terbaik dalam piramid bola sepak Asia ? Mari kongsikan peendapat anda bersama kami.

    Baca Juga: P.Maniam Harus Ada “Backup Plan”

    Leave a comment

    Your email address will not be published.