• Sebentar tadi telah tamat dua perlawanan Liga Super 2018 dimana pasukan Kelantan berjaya mengikat pasukan Terengganu FC dalam perlawanan Derby Pantai Timur drngan keputusan 1-1. Manakala juara Piala Sumbangsih, Johor Darul Ta’zim berjaya menewaskan pasukan PKNP FC dengan keputusan 3-0.

    Pasukan Terengganu terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang import mereke iaitu Kipre Tchetche. Namun, kelebihan itu tidak kekal lama. Kelantan berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Do Dong-hyun. Keputusan ini kekal sehingga perlawanan tamat. Sejujurnya ini bukanlah pengakhiran yang kami mahukan bagi perlawanan Derby Pantai Timur kali ini. Tetapi kedua-dua pasukan telah memberikan yang terbaik.

    Bagi perlawanan JDT menentang PKNP FC pula, kami berpendapat Johor Darul Ta’zim lebih dominan berbanding lawan mereka malam ini. Diaz membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama sebelum Fadhli Shas dan Natxo Insa menjaringkan gol pada separuh masa kedua. Tiada masalah buat juara bertahan malam ini!

    Pemain terbaik pilihan Inikan Bola:

    1. Kipre Tchetche

    Sumber Gambar: TCFC

    Kipre sekali lagi menjadi wira bagi pasukan Terengganu. Dengan 1 gol yang beliau jaringkan tadi, setakat ini Kipre menjadi penjaring terbanyak Liga Super 2018 dengan jumlah 3 gol.

    2. La’Vere Corbin-Ong

    Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

    Sama seperti Kipre, Corbin-Ong sekali lagi tampil cemerlang buat pasukan JDT pada perlawanan tadi. Hantaran lintang beliau yang menarik perhatian kami sebenarnya. Mirip Marcelo tu!

    Esok masih ada baki 4 perlawanan yang akan berlangsung guys! Selangor akan menentang Melaka United. Pasukan Kedah akan menengang Perak. Kuala Lumpur akan menentang Negeri Sembilan dan Pahang pula akan menentang pasukan PKNS FC.

    Apa pandangan anda mengenai perlawanan Derby Pantai Timur dan juga kemenangan pasukan JDT malam ini ? Adakah sudah dijangka keputusannya ?

    Baca Juga: Pemindahan Skill, Bukan Tak Nak Turunkan

    (Visited 21 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.