• Pasukan PKNP FC akan menghadapi juara Piala Sumbangsih, pasukan Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan minggu kedua Liga Super musim 2018. Menurut kami, ini adalah ujian sebenar untuk pasukan bimbingan Abu Bakar Fadzim. Minggu lalu, PKNP berjaya mengejutkan pasukan Negeri Sembilan dengan kemenangan 1-0 di Stadium Batu Kawan. Bagi JDT pula, mereka berjaya menewaskan Kedah dengan keputusan 2-1 dan sudah tentu mereka mahu meneruskan rentak kemenangan mereka. Di sini kami akan memberikan antara perkara penting menuju perlawanan hari ini.

    Pemain Penting:
    Antara pemain yang beraksi dengan cemerlang buat pasukan PKNP FC minggu lalu adalah Franklin Anzite dan Keo Shokpeng. Anzite dilihat bijak untuk membaca gerakan pasukan lawan. Jadi untuk perlawanan hari ini, kami memilih Anzite dan Shokpeng. Bagi pasukan juara pula, sudah tentu kami memilih Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa. Gol Lucho minggu lalu ketika menewaskan Kedah antara gol terbaik yang dijaringkan minggu lalu.

    Kesebelasan Utama Pilihan Inikan Bola

    PKNP FC:
    1. Syazani Mat Puat
    2. Ganiesh Gunasegaran
    3. Nikolov Gueorguiev
    4. Ritus Krjauklis
    5. Muhammad Mohd Safar
    6. Franklin Anzite
    7. Muhammad Fadhli Bin Idris
    8. Irwan Syazmin Wahab
    9. Shahrel Fikri Fauzi (Kapten)
    10. Yeon Gi-sung
    11. Keo Shokpeng

    Johor Darul Ta’zim:
    1. Haziq Nadzli
    2. S.Kunanlan
    3. Marcos Antonio
    4. Fadhli Shahs
    5. La’Vere Corbin-Ong
    6. Harris Harun
    7. Safiq Rahim (Kapten)
    8. Natxo Insa
    9. Hazwan Bakri
    10. Luciano Figueroa
    11. Jorge Pereyra Diaz

    Kami berpendapat pasukan Johor Darul Ta’zim akan menekan PKNP FC dari awal permainan. Jika kita melihat kepada perlawanan PKNP menentang Negeri Sembilan, PKNP ni bukan pasukan yang boleh dipandang ringan. Walaupun tanpa Shahrel Fikri, mereka masih lagi mampu untuk bermain dengan baik. Untuk pasukan JDT pula, kami meramalkan mereka mampu untuk meraih kemenangan tetapi bukan dengan cara yang mudah. Kita tahu betapa bagusnya barisan tengah PKNP terutamanya Franklin Anzite.

    Ramalan Kami: Johor Darul Ta’zim 1-0 PKNP FC

    Apa pandangan anda mengenai perlawanan ini ? Adakah PKNP mampu untuk menewaskan lawan mereka dalam ujian sebenar kali ini ? Atau JDT dengan mudahnya menewaskan PKNP ?

    Baca Juga: 5 Perkara Yang Paling “Tak Boleh Blah!” Minggu Ini

    Baca mengenai previu perlawanan PKNP menentang JDT dengan lebih lanjut di sini

    (Visited 18 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.