• Mohammed Ghaddar telah kenbali ke pangkuan pasukan Kelantan buat kali keempat. Kepulangan beliau kali ini nyata disambut baik oleh para peminat Kelantan kerana kita boleh lihat betapa tumpulnya barisan serangan Kelantan musim ini. Mohammed Ghaddar meggantikan seorang lagi pemain import iaitu Bruno Lopes. Persoalannya di sini adalah, mampukah beliau menjulang Kelantan musim ini ?

    Jika kita melihat pada jumlah jaringan yang dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar musim lalu, memang tidak dinafikan penyerang ini sememangnya berbisa di hadapan gol. Beliau berjaya menjaringkan 18 gol ketika bersama Kelantan pada separuh masa pertama musim lalu. Seterusnya, beliau berjaya menjaringkan 5 gol ketika bersama Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Super. Nampaknya ketika bersama JDT, beliau dilihat agak sukar untuk menunjukkan prestasi seperti bersama pasukan Kelantan. Skuad musim ini juga agak berbeza berbanding ketika Ghaddar bersama pasukan musim lalu.

    Penyerang berusia 34 tahun ini berkemungkinan akan digandingkan dengan Do Dong-hyun ataupun Ferdinand Sinaga. Mengapa kami memilih pemain import untuk menjadi gandingan buat Ghaddar ? Kerana kami berpendapat belum ada pemain tempatan yang boleh digandingkan dengan Ghaddar di bahagian serangan. Ghaddar juga akan bermain di bawah jurulatih baru selepas Sathit Bensoh dipecat. Tempat Bensoh berkemungkinan besar akan diambil oleh jurulatih berpengalaman dalam kancah Liga Malaysia, Datuk M.Karathu.

    Mampukah Ghaddar untuk menyinar ? Kami berpendapat beliau mampu. Lihat saja bilangan gol yang dijaringkan oleh beliau. Memang tak usah kita persoalkan lagi. Namun, beliau harus segera menjaringkan gol kerana ketika ini pasukan Kelantan bukan berada di posisi yang baik dalam saingan Liga Super. Kita harus ingat, semuanya segera dalam Liga kita ini. Jika Ghaddar “lambat panas”, boleh jadi beliau pun digantikan pada pertengahan musim nanti. Situasi sebegini bukan perkara baru dalam Liga kita.

    Haa itulah pendapat kami mengenai mampu atau tidak Mohammed Ghaddar menyinar sekali lagi bersama pasukan Kelantan. Apa pendapat anda ? Mampukah Ghaddar menyinar ? Atau sentuhan beliau sudahpun tumpul sekaligus gagal untuk menjulang Kelantan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.