• Pemecatan Sathit Bensoh daripada jawatan ketua jurulatih pasukan Kelantan masih lagi menjadi topik utama para peminat bola sepak Malaysia. Kebanyakkan daripada peminat mengecam tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan yang disifatkan terlalu terburu-buru memandangkan saingan Liga Super masih lagi memasuki minggu ketiga perlawanan. Mereka berpendapat Sathit Bensoh perlu diberikan lebih masa dan juga peluang bagi mengendalikan pasukan. Di sini kami bersetuju dengan pendapat ini.

    Liga Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai drama dan juga sandiwara yang tersendiri. Tindakan terburu-buru seperti ini tidaklah asing dalam saingan Liga Malaysia. Akan tetapi, adilkah bagi seseorang jurulatih itu dinilai prestasi beliau hanya selepas 3 perlawanan Liga Super ? Ketika ini beliau masih lagi dalam proses untuk memastikan para pemain memahami tentang taktikal yang beliau kehendaki. Tetapi, belum apa-apa sudah kena pecat. Pasukan Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace pun baru menilai prestasi Frank De Boer selepas 4 perlawanan. Tetapi tidak pasukan dalam Liga Malaysia. Betapa sukarnya untuk “survive” dalam liga kita ni.

    Apa yang boleh dipelajari daripada pemecatan Sathit Bensoh ini adalah setiap jurulatih perlukan masa dan peluang untuk membuktikan bahawa mereka boleh untuk membimbing pasukan dengan baik. Ini adalah salah satu perkara yang tidak diambil serius oleh pengurusan pasukan Liga Malaysia. Ya tidak dinafikan anda mahukan pasukan anda untuk mengutip kemenangan sekaligus menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang musim. Tetapi, jika anda tidak beri ruang kepada jurulatih untuk menjalankan tugas, bagaimana pasukan anda mahu mencapai objektif yang telah ditetapkan ?

    Usahlah kita kejar “kejayaan segera” dalam dunia bola sepak ni. Semua perkara perlukan masa dan peluang. Jika anda berikan kedua-duanya, serta letakkan kepercayaan kepada ketua jurulatih anda, cepat atau lambat pasukan anda mula menuai hasilnya.

    Mungkin ada pihak yang setuju dan ada yang tidak setuju dengan perkara ini. Apa-apapun, kita sebagai peminat sentiasa menyokong pasukan anda tak kiralah pasukan anda sedang berada pada prestasi yang baik atau sebaliknya.

    Baca Juga: 4 Calon Jurulatih Yang Boleh Dipertimbangkan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.