• Sumber foto: Planet Football, Sky Sports

    Previu perlawanan

    Tottenham Hotspur mengalahkan Arsenal 2-0 dalam Derby London Utara yang terakhir diadakan di White Hart Lane pada bulan April tahun lepas, dan memerlukan aksi cemerlang yang sama kali ini di rumah sementara mereka iaitu Stadium Wembley. Spurs duduk di tangga ke-5 dan Arsenal di tangga ke-6 dalam jadual kedudukan Liga Perdana Inggeris menuju ke perlawanan sabtu ini. Begitupun, Spurs menunggu di Wembley dengan yakin, berikutan pasukan kendalian Pochettino itu berjaya merampas empat mata dari Manchester United dan Liverpool sebelum ini.

    Arsenal akan berharap untuk mencipta rekod kemenangan kedua berturut-turut ke atas musuh tradisi mereka Tottenham musim ini apabila mereka menghadapi cabaran dari pemain Mauricio Pochettino dalam perlawanan Derby London Utara pada Sabtu ini. Pada bulan November tahun lepas Arsenal mencipta kemenangan selesa 2-0 ke atas Spurs di Stadium Emirates, gol jaringan Mustafi Dan Alexis Sanchez. Begitupun rekod kemenangan di gelanggang lawan tidaklah begitu menyakinkan untuk The Gunners.

    Tottenham

    Barisan pemain

    Spurs menanti kunjungan Arsenal ke Stadium Wembley dengan hampir kesemua pemain mereka cergas dan boleh bermain. Hanya pembelian baru Spurs Lucas Moura dijangka masih tidak boleh diturunkan kerana belum cergas sepenuhnya untuk bermain.

    Prestasi semasa

    Spurs meneruskan rentak kecermerlangan mereka setelah mengalahkan Manchester United di Stadium Wembley dan mengikat Liverpool 2-2 di Anfield dengan mengalahkan Newport County dalam aksi timbal balik Piala FA. Dalam perlawanan itu Erik Lamela menjaringkan gol kedua Spurs untuk memastikan mereka mara ke peringkat seterusnya, ia juga merupakan gol pertama Lamela sejak September 2016.

    Penyerang sensasi Spurs, Harry Kane, telah menjaringkan gol ke-22 dalam liga musim ini ketika menentang Liverpool pada hujung minggu yang lepas, ia merupakan gol yang ke seratusnya dalam Liga Perdana Inggeris. Dia menjadi pemain kedua terpantas untuk menjangkau 100 gol Kelab, di Liga Perdana Inggeris, hanya dengan 141 penampilan.

    Arsenal

    Barisan Pemain

    Berita baik untuk Arsene Wenger, Danny Welbeck dan Nacho Monreal bersedia untuk diturunkan setelah masing-masing berjaya pulih daripada kecederaan yang dialami oleh mereka. Manakala, Petr Cech dijangka diketepikan akibat kecederaan, sementara David Ospina akan bersedia untuk menggantikan Cech dalam perlawanan yang penting ini.

    Dua bintang baru Arsenal Henrikh Mkhitaryan dan Pierre Emerick Aubameyang menyinar dalam perlawanan sebelum ini menentang Everton dan diharap dapat mengetuai serangan Arsenal di Stadium Wembley selain mempamerkan aksi cemerlang sekali lagi.

    Prestasi semasa

    Kemenangan keatas The Toffees minggu lepas bermakna anak buah Arsene Wenger telah memenangi 3 daripada 4 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Walau bagaimanapun, Arsenal hanya mampu mendapatkan 8 mata daripada kemungkinan 18 mata dalam 6 perlawanan terakhir di Liga Perdana Inggeris, ini bukanlah permulaan tahun baru yang diimpikan oleh Wenger.

    The Gunners telah menjaringkan 51 gol dalam saingan liga dan bolos 11 gol lebih daripada Spurs. Apa yang merisaukan Wenger sudah tentu prestasi pertahanan mereka di tempat lawan tidaklah begitu baik kebelakangan ini. Begitupun, Pasukan Arsene Wenger telah memenangi 9 perlawanan terakhir mereka yang diadakan di Stadium Wembley.

    Fakta pertemuan

    Pertemuan ini adalah yang pertama antara Spurs dan Arsenal di Wembley sejak April 1993, ketika itu mereka bertemu di peringkat separuh akhir Piala FA, Arsenal menang 1-0 gol jaringan Tony Adams.

    Arsenal lebih berjaya dalam sejarah pertemuan Derby London Utara dengan memenangi 69 dan kalah 52 daripada 168 pertemuan. Apapun, dalam 5 pertemuan sebelum ini dalam saingan liga menyaksikan masing-masing hanya menang satu perlawanan dan 3 lagi perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

    #Previulpimy

    Oleh: S.A

    Ikuti kami juga di:
    Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia

    Instagram : @lpi_my
    Twitter: @LPI_MY

    #LPIMY

    (Visited 57 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.