• Kerancakkan Liga Malaysia musim 2018 sedikit terganggu apabila dua pemain pasukan Sarawak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam skandal pengaturan perlawanan ketika Sarawak menentang Felcra FC minggu lalu. Penahanan ini adalah hasil daripada laporan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS). Dipercayai kedua-dua pemain ini adalah pemain pertahanan dan telah lama beraksi bersama pasukan Sarawak. Nyata penyakit ini masih gagal untuk diubati!

    Pada perlawanan menentang Felcra minggu lalu, Sarawak berjaya mendahului 2-0 hasil jaringan Mateo Roskam dan Bobby Gonzalez. Namun, Felcra berjaya bangkit pada saat akhir apabila menjaringkan 3 gol menerusi Cassagrande. Hal ini nyata tidak dapat diterima oleh FAS dan mereka melaporkan tentang kemungkinan adanya pengaturan perlawanan. Jika nak ikutkan logik di akal, memang tak logik! Macam mana pasukan anda boleh melepaskan 3 gol pada saat akhir perlawanan dimana anda boleh memenangi perlawanan tersebut ?

    Dalam hal ini, FAM dan FMLLP harus membuka mata mereka dengan lebih luas. Kami berpendapat FAM dan FMLLP boleh mengetatkan lagi undang-undang dan juga jenis hukuman yang bakal diterima jika seseorang pemain itu bertindak menerima rasuah dan menjual perlawanan. Ikrar “aku janji” mengenai tindakan rasuah juga dilihat tidak mampu untuk membendung pemain yang terlibat ini daripada melakukan perkara paling memalukan dalam bola sepak ini!

    Bukan saja dua pemain Sarawak yang ditahan oleh SPRM. Khabarnya ada seorang “bookie” daripada perlawanan menentang Felcra juga telah dicekup oleh SPRM. Amat disayangkan apabila Liga kita yang sedang berjalan dengan rancak dan meriah ini dinodai dengan perkara seperti ini.

    Kami berharap perkara ini akan menjadi pengajaran kepada semua pemain dan juga pasukan dalam Liga Malaysia. Diharapkan penyakit ini akan segera diubati dan lenyap terus daripada Liga Malaysia pada masa akan datang. Kami juga berharap inisiden ini adalah insiden yang terakhir. Tak naklah perkara ini berulang kembali!

    Baca Juga: Shakir Shaari: Dimana Silapnya Perjalanan Karier Beliau ?

    Baca mengenai penahanan 2 pemain Sarawak dengan lebih lanjut di sini.

    (Visited 40 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.