• Pep Guardiola kembali memperkasa Manchester City mencatat 2 kemenangan berturut-turut selepas kekalahan mengejut 3-4 kepada Liverpool 3 minggu lalu. The Cityzen terus melebarkan jarak 15 mata mendahului musuh setempat Manchester United yang tewas 0-2 kepada Spurs semalam.

    Burnley yang gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 9 aksi terakhir PL pastinya tercari-cari rentak untuk kembali mengukuhkan kedudukan dalam kelompok 10 terbaik. Sean Dyche semestinya sedang memikirkan sesuatu untuk memperbaiki moral pasukan selepas membuat 2 pembelian sahaja pada jendela perpindahan pemain lalu.

    Berita pasukan

    Pertahanan Burnley James Tarkowski akan kembali menguatkan benteng pertahanan selepas kembali dari kecederaan pangkal peha yang mengakibatkan beliau terlepas aksi ketika seri bertemu Newcastle.

    Steven Defour akan diketepikan sekurang-kurangnya 2 bulan kerana masalah kecederaan lutut.

    Perancang Manchester City David Silva diragui selepas dikeluarkan akibat kecederaan ketika bertemu West Brom.

    Fernandinho bebas dari sebarang penggantungan selepas FA memutuskan tidak akan mengambil sebarang tindakan di atas insiden beliau memijak kaki pemain Baggies Grzegorz Krychowiak.

    REKOD PERTEMBUNGAN

    Burnley hanya mencatat 1 kemenangan daripada 18 aksi terakhir menentang Man City dalam semua kejohanan (S5 K12), kemenangan 1-0 pada Mac 2015.

    Manchester City telah mencatat 6 kemenangan daripada 7 lawatan terakhir ke Turf Moor dalam semua kejohanan, dengan kekalahan 1-0 pada 2015 merupakan satu-satunya perlawanan yang mereka tewas.

    Manchester City telah menewaskan Burnley 2 kali pada musim ini, kemenangan 3-0 dalam saingan PL dan kemenangan 4-1 dalam saingan FA Cup – hanya 3 kali pasukan PL sebelum ini berjaya menewaskan ketika menentang pasukan PL dengan 3 gol atau lebih sebanyak 3 kali dalam satu musim. (Arsenal vs Leed United dan Middlesbrough pada 2003/2004 dan Arsenal vs Aston Villa 2014/15).

    FAKTA PASUKAN

    Burnley telah merekodkan jaringan terendah di laman sendiri berbanding pasukan PL yang lain musim ini (8), manakala hanya Liverpool (32) berjaya mencatat jaringan terbanyak diikuti Manchester City dengan 28 gol.

    Manchester City gagal mencatat 3 kemenangan berturut-turut di tempat lawan sejak May 2016 – rentetan 3 perlawanan terakhir tersebut di bawah Manuel Pellegrini.

    Hanya Southampton (12 perlawanan) merekodkan aksi PL terbanyak tanpa sebarang kemenangan setakat ini berbanding Burnley (8 perlawanan).

    Manchester City berjaya mengutip 68 mata daripada 25 perlawanan dalam saingan liga teratas menyamai rekod dipegang Spurs pada musim 1960-61. Tottenham berjaya merangkul kejuaraan “double” pada musim tersebut (Kejuaraan Liga dan FA Cup).

    Burnley adalah 1 daripada 7 pasukan yang masih belum mengutip kad merah pada musim ini tetapi the Clarets telah menyebabkan ramai pemain pasukan lawan diperintah keluar padang berbanding pasukan lain (5).

    Empat pemain telah terlibat dalam 20+ gol dan assist dalam saingan PL pada musim ini, dengan 2 daripadanya merupakan pemain Manchester City (Sergio Aguero 22, Raheem Sterling 20).

    Sergio Aguero telah menjaringkan dalam setiap 4 penampilan terakhir bertemu Burnley dalam semua kejohanan, meledak 6 gol secara keseluruhannya.

    (Nota: Artikel ini ditulis oleh saudara Hafiz Hakim bin Zainal dari Liga Perdana Inggeris Malaysia).

    Ikuti kami di

    Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia

    Twitter: @LPI_MY

    Instagram: @lpi_my

    Leave a comment

    Your email address will not be published.