• Perlawanan Unifi Liga Super 2018 akan memasuki minggu yang keempat bermula hari ini. Setakat ini, bermacam-macam aksi yang telah kita saksikan. Di sini kami akan membawakan kepada anda ramalan kami untuk perlawanan minggu keempat ini.

    Negeri Sembilan Vs Terengganu FC
    Pasukan Terengganu FC masih belum tewas dalam saingan Liga setakat ini. Bagi Negeri Sembilan pula, mereka mahu segera bangkit daripada kekalahan kepada seteru “Naning Derby” mereka iaitu Melaka United. Bagi Terengganu, sudah pasti mereka akan berharap kepada Kipre Tchetche dan Lee Tuck untuk merobek gawang lawan. Bagi pasukan Negeri Sembilan pula, Nicolas Velez sekali lagi akan menjadi harapan utama.

    Ramalan Kami: Negeri Sembilan 1-2 Terengganu FC

    Kelantan Vs Perak
    Pasukan Kelantan dan juga Perak sama-sama tewas pada perlawanan terakhir mereka. Pasukan Perak sudah tentu mahu mengutip kemenangan kedua musim ini. Bagi Kelantan pula, perlawanan ini adalah perlawanan wajib menang. Jika tewas, ini akan menambahkan lagi tekanan kepada para pemain dan juga jurulatih baru mereka, Yusri Che Lah

    Ramalan Kami: Kelantan 2-1 Perak

    Johor Darul Ta’zim Vs Melaka United
    Pasukan Melaka katanya mahu mengejutkan Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan ini. Mereka tidak mahu episode dibelasah 7-1 musim lalu kembali menghantui mereka. JDT tewas pada perlawanan terakhir manakala Melaka pula berjaya mengutip kemenangan. Di atas kertas, JDT mempunyai kelebihan dengan barisan pemain mereka. Tetapi, ini Liga Malaysia. Perkara yang mustahil boleh dilakukan.

    Ramalan Kami: Johor Darul Ta’zim 1-1 Melaka United

    Selangor Vs Pahang
    Pertembungan klasik diantara kedua-dua pasukan ini sememangnya menjadi perlawanan tumpuan minggu ini. Selangor pastinya mahu kembali megutip kemenangan setelah dibelasah Terengganu pada perlawanan lalu. Bagi Pahang pula, mereka sudah pasti mahu meneruskan rentak kemenangan daripada perlawanan lalu.

    Ramalan Kami: Selangor 2-1 Pahang

    PKNP FC Vs Kuala Lumpur
    Kuala Lumpur masih segar daripada kemenangan ke atas juara bertahan, Johor Darul Ta’zim pada perlawanan lalu. Bagi PKNP pula, mereka harus segera bangkit daripada 2 kekalahan sebelum ini. Ini adalah perlawanan pertama kedua-dua pasukan dalam kancah Liga Super. Jadi menarik untuk kita saksikan.

    Ramalan Kami: Kuala Lumpur 2-0 PKNP FC

    PKNS FC Vs Kedah
    PKNS FC ketika ini sedang memimpin carta Liga Super. Memang tidak dijangkan pasukan bimbingan Datuk K.Rajagopal ni mampu untuk berbuat demikian. Bagi Kedah pula, mereka baru saja mengutip kemenangan pertama pada perlawanan lalu. Pasukan Kedah harus mengutip kemenangan kedua hari ini untuk memastikan pasukan tidak lagi dikritik oleh peminat.

    Ramalan Kami: PKNS FC 1-2 Kedah

    Haa itulah ramalan Inikan Bola untuk perlawanan minggu keempat Unifi Liga Super 2018. Agak-agak pasukan mana yang akan mengutip kemenangan minggu ini ? Dan pasukan mana yang akan tewas ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.

    (Visited 149 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.