• Pasukan Pulau Pinang memulakan aksi Liga Perdana musim 2018 dengan langkah kiri apabila dibelasah pasukan UiTM FC dengan keputusan 3-1 di Stadium UiTM semalam. Segalanya serba tidak menjadi! Anak-anak buah Zainal Abidin Hassan kelihatannya belum lagi menyesuaikan diri dengan taktikan yang diterapkan bekas pengendali Selangor itu.

    UiTM berjaya membuka jaringan menerusi rembatan jarak jauh Sadam Hashim pada minit ke-18. Separuh masa pertama tamat dengan UiTM mendahului. Memasuki separuh masa kedua, barulah kelihatan pemain Pulau Pinang melancarkan serangan ke kubu UiTM. Pada minit ke-75, King Ken berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Pulau Pinang. Akan tetapi, pemain Penang bagai lena dibuai mimpi indah apabila membiarkan barisan serangan UiTM membuat percubaan sekaligus menjaringkan dua gol pada minit akhir perlawanan menerusi Lucas Pugh dan Dao Bakary. Entah apa yang ada di benak fikiran barisan pertahanan Pulau Pinang masa tu. Akal takdak!

    Selain kegagalan pemain Penang untuk bermain dengan baik, kami juga memuji barisan pemain UiTM FC yang berjaya bermain dengan baik dan menguasai perlawanan semalam. Terutamanya barisan tengah yang diketuai oleh Sadam Hashim dan Nursalam Zainal Abidin. Selain di bahagian tengah, barisan serangan mereka juga beraksi dengan baik. Kami yakin jika UiTM berjaya mengekalkan rentak permainan seperti semalam, tidak mustahil mereka akan layak ke saingan Liga Super musim hadapan!

    Pulau Pinang harus segera bangkit pada perlawanan seterusnya. Mana yang tidak menjadi tu segera perbaiki. Bagi UiTM FC pula, kami berharap anda semua mampu untuk mengekalkan rentak cemerlang ini. Satu persembahan yang cukup menarik disajikan oleh anak-anak buah Wan Mustaffa Wan Ismail.

    Berikut adalah jadual perlawanan Liga Perdana hari ini:

    Sumber Gambar: FMLLP

    Baca Juga: Sejarah Penubuhan Liga Super Dan Liga Premier (Part 1)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.