• Pengelola Liga Malaysia 2018, FMLLP telah mengumumkan pasukan yang gagal untuk melengkapkan dokumen berkenaan pendaftaran pemain. 2 pasukan Unifi Liga Super, Kelantan dan Kuala Lumpur gagal untuk menghantar dokumen yang dikehendaki oleh FMLLP manakala Selangor dan PKNS FC berjaya menghantar dokumen tetapi telah melewati tarikh akhir yang telah ditetapkan iaitu pada 3 Februari 2018. Bagi pasukan Liga Perdana pula, ada 4 pasukan yang gagal untuk menghantar dokumen. Empat pasukan tersebut ialah Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan PDRM. MISC-Mifa dan UKM FC pula berjaya menghantar dokumen tetapi lewat. Apa nak jadi dengan semua pasukan di atas ni!

    Sumber Gambar: FMLLP

    Sumber Gambar: FMLLP

    Sungguh memalukan apabila perkara penting seperti dokumen berkenaan pemain ini lewat atau tidak dihantar sama sekali kepada pengelola Liga. Ini menunjukkan bahawa pengurusan pasukan yang disebutkan di atas tidak bersungguh-sungguh dalam menguruskan pasukan mereka. Bagaimana hendak menuju ke arah persekitaran Liga yang lebih maju apabila perkara penting seperti dokumen pun anda tak boleh selesaikan dalam jangka masa yang telah diberikan ? Liga kita ni sudah semakin berkembang dari segala aspek seperti siaran langsung yang lebih banyak dan juga penetapan undang-undang. Tetapi tindakan anda yang sambil lewa ini menunjukkan bahawa anda ini seperti tidak mahu maju ke hadapan.

    Pasukan yang telah disebutkan oleh FMLLP bakal berdepan hukuman berat seperti pemotongan mata dan juga tidak dibenarkan membuat pertukaran pemain pada jendela perpindahan kedua musim ini. Sikap sambil lewa anda nyata memakan diri dengan menyusahkan pasukan. Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pasukan yang telah disebutkan. Menarik juga untuk peminat bola sepak Malaysia mengetahui apa alasan yang akan digunakan oleh mereka.

    Apa-apapun diharapkan ini akan menjadi pengajaran kepada semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia. Perihal seperti dokumen penting dan juga perlesenan kelab diharap akan diambil secara serius oleh pengurusan pasukan. Ini untuk mengelakkan pasukan berdepan hukuman daripada FMLLP dan juga FAM.

    Baca Juga: 4 Pasukan Berdepan Hukuman Berat!

    Baca berita selanjutnya di sini

    (Visited 63 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.