• Esok dua pasukan dari Borneo, Sabah dan Sarawak akan berentap dalam perlawanan minggu keempat saingan Liga Perdana 2018. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Perdana adalah pada musim 2013 dimana pasukan Sarawak muncul sebagai juara dengan rekod tidak tewas sepanjang musim. Kali ini, kedua-dua pasukan sekali lagi akan berentap di pentas yang sama.

    Rekod pertemuan kedua-dua pasukan nyata lebih memihak kepada pasukan Sabah. Daripada 47 perlawanan diantara pasukan sejak 1994, Sabah berjaya meraih 20 kemenangan manakala pasukan Sarawak hanya mengutip 12 kemenangan. Kedua-dua pasukan terikat seri sebanyak 15 perlawanan. Bukan saja jumlah kemenangan yang memihak kepada pasukan Sabah. Jumlah gol ketika perlawanan kedua-dua pasukan juga memihak kepada pasukan Sabah. Sabah menjaringkan 71 satu gol dengan purata 1.51 gol setiap perlawanan manakala pasukan Sarawak menjaringkan 63 gol dengan purata 1.34 gol setap perlawanan. Anda boleh melihat statistik penuh di sini.

    Prestasi semasa kedua-dua pasukan ketika ini juga berbeza. Setakat ini, Sabah mengutip dua kemenangan dan satu seri. Pasukan Sarawak pula, mereka hanya mengutip satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan. Kekalahan kepada Felcra FC pada perlawanan lalu nyata mencetuskan pelbagai isu. Antara isu yang menjadi perhatian adalah isu tuduhan FAS ke atas pengaturan perlawanan oleh dua pemain pertahanan mereka iaitu Mazwandi Zakeria dan Hafiz Abu Bakar. Namun, kedua-dua pemain dibebaskan oleh SPRM kerana tidak cukup bukti yang mengaitkan mereka dengan pertuduhan tersebut.

    Jika kita melihat daripada rekod pertemuan lampau dan juga prestasi semasa kedua-dua pasukan, pasukan Sabah dijangka tidak akan berdepan masalah untuk mengutip kemenangan. Akan tetapi, pasukan Sarawak tidak boleh dipandang rendah dalam saingan kali ini. Mereka nyata mahu bangkit daripada permasalahan yang membelenggu pasukan mereka pada akhir-akhir ini. Kemenangan pada perlawanan ini akan menandakan pasukan tersebut sebagai “Raja” di Borneo dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

    Pasukan mana yang akan memenangi pertembungan “Borneo Derby” kali ini ? Adakah Sabah akan menhekalkan rekod tanpa kalah musim ini ? Atau pasukan Sarawak berjaya mengejutkan jiran mereka kali ini ? Sama-sama kita saksikan. Kedua-dua penyokong diharap dapat datang ke stadium untuk memberikan sokongan!

    Baca Juga: Sarawak Mampu Ulangi Prestasi Cemerlang 2013 ?

    (Visited 43 times, 2 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.