• Pemain import Johor Darul Ta’zim, Jorge Pereyra Diaz dikhabarkan telah meninggalkan hotel penginapan pasukan JDT di Singapura sebelum mereka berangkat ke Vietnam bagi menghadapi pasukan Song Lam Nghe Anh dalam saingan Piala AFC. Perkara ini disahkan oleh Pengarah Tenikal JDT, Alastair Edwards dalam satu entri di laman sosial media Facebook milik Johor Southern Tigers. Anda boleh lihat di bawah.

    Sumber Gambar: JST

    Dalam kenyataan tersebut, Alastair Edwards juga menyatakan bahawa pihak kelab akan mencari pengganti Diaz pada jendela perpindahan kedua nanti. Perkara ini bukannya baru buat JDT. Sebelum ini, Pereyra Diaz juga pernah meninggalkan Johor Darul Ta’zim secara tiba-tiba pada awal musim 2017 lalu. Jadi, dengan perginya beliau, siapa yang akan mendapat keuntungan ? Di sini kami kupaskan untuk anda.

    1. Safawi Rasid

    Sumber Gambar: Football Tribe

    Kami berpendapat pemain sayap ini menjadi pilihan utama untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Pereyra Diaz. Setakat ini, Safawi sudah berjaya menjaringkan gol dalam saingan Liga dan juga Piala AFC. Ini akan memberi peluang kepada Safawi untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain dan juga dapat mengekalkan prestasi beliau.

    2. Hazwan Bakri

    Hazwan Bakri

    Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

    Seorang lagi pemain yang akan mendapat manfaat dengan pemergian Jorge Pereyra Diaz. Musim ini, di bawah kendalian Morais, Hazwan diletakkan di posisi sayap kanan. Jadi, sama seperti Safawi, Hazwan boleh mendapat minit bermain yang lebih banyak dan juga dapat mengembalikan semula sentuhan tajam beliau seperti ketika mewakili Selangor dulu.

    Yang mana satu pilihan kalbu ? Sebenarnya ini adalah satu persaingan yang baik buat kedua-dua pemain. Setelah sekian lama mereka berdua berada di bayangan pemain import, sudah tiba masanya Pawi dan Jack untuk kembali menyinar di pentas besar. Ini juga bagus untuk skuad kebangsaan kita.

    Jadi apa pendapat anda ? Menurut anda, siapa yang lebih layak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jorge Pereyra Diaz ? Safawi atau Hazwan ? Mari kongsikan pilihan anda bersama kami.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.